ADUN Johor & Rakyat Negeri Solat Jemaah Bersama Sepanjang Tahun Depan

Johor anjur semarak subuh

Kerajaan Negeri Johor Anjur Program Semarak Subuh Berjemaah

Kerajaan negeri Johor dilaporkan telah memperuntukkan sebanyak RM560,000 perbelanjaan bagi menjayakan program Semarak Subuh di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sepanjang tahun depan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata bahawa Semarak Subuh dilaksanakan bagi semua Ahli DUN yang beragama Islam untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Memetik Sinar Harian, program itu juga akan memberi peluang kepada ADUN untuk bertadabbur al-Quran dan menyantuni para jemaah di masjid atau surau. Terutamanya bagi jemaah di kawasan DUN masing-masing.

“Bagi ADUN wanita dan bukan beragama Islam pula boleh menghantar wakil dari Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing.

“Semarak Subuh ini amat penting dalam memacu pembangunan negeri dan pentadbiran kerajaan sentiasa memberi penekanan kepada dua dimensi utama. Iaitu menjaga hubungan antara manusia dengan Tuhan dan hubungan sesama manusia,” katanya.

Perkara itu diumumkan oleh beliau ketika membentangkan Belanjawan Johor 2024 di Bangunan Sultan Ismail pada semalam.

Dalam pada itu, ADUN Machap itu juga berkata bahawa program tersebut dianggarkan akan dilaksanakan sebanyak 2,688 program pada tahun depan.

“Selain itu, setiap masjid dan surau di seluruh pelusuk negeri akan disantuni dalam masa setahun.

“Pegawai daerah, kadi daerah, imam daerah dan pegawai-pegawai agensi kerajaan serta pemimpin masyarakat akan turut bersama dalam program ini,” ujarnya.

BACA: Proton Pakistan Promo Saga, Rakyat Malaysia Tolong “Support” Dekat Komen

Sumber: Sinar Harian

The post ADUN Johor & Rakyat Negeri Solat Jemaah Bersama Sepanjang Tahun Depan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*