Bintang Thor & Star Wars, Ray Stevenson Meninggal Dunia

Ray Stevenson

Bintang Thor & Star Wars, Ray Stevenson Meninggal Dunia

Pelakon Ray Stevenson, yang muncul dalam rancangan TV utama seperti Rom, Viking dan Dexter, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 58 tahun, lapor BBC News.

Mendiang terkenal dengan peranan dalam filem Thor dan siri Divergent, serta beberapa rancangan TV UK seperti Band of Gold, Peak Practice dan Musphy’s Law.

Syarikat publisitinya yang berpangkalan di Amerika, Viewpoint mengesahkan kematiannya kepada BBC tetapi tidak memberikan sebarang butiran lanjut.

Setakat ini, punca kematian masih tidak didedahkan, namun beliau dilaporkan telah dimasukkan ke hospital semasa penggambaran di pulau Ischia, Itali.

Semasa kematiannya, beliau didakwa sedang menjalani penggambaran bagi filem aksi, Cassino di Ischia. Kematiaannya diumumkan empat hari sebelum hari lahirnya yang ke-59.

Stevenson dilahirkan di Ireland Utara dan kemudiannya berpindah ke England ketika berusia lapan tahun.

Bapanya berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja (RAF) berhampiran Lisburn, County Antrim pada waktu kelahirannya tahun 1964.

Keluarganya berpindah ke Newscastle upon Tyne dan dia telah menghabiskan masa kecil di England.

Stevensoan mendapat inspirasi untuk menjadi pelakon selepas melihat John Malkovich dalam drama di teater West End di Londong.

Beliau kemudiannya sambung belajar dalam bidang lakonan di Bristol Old Vic Theatre School dan salah satu watak TV pertamanya adalah dalam drama Catherine Cookson The Dwelling Place.

Beliau juga telah muncul dalam pelbagai rancangan TV British termasuk Waking the Dead, Dalziel & Pascoe serta At Home with the Braithwaites.

Pada tahun 2004, Stevenson kemudiannya memainkan watak kesatria dalam filem Hollywood berbajet besar iaitu King Arthur. Filem itu turut dibintangi nama besar lain seperti Keira Knightley.

Terbaru, Stevenson mendapat peranan dalam rancangan TV filem buatan AS yang berjaya. Beliau berjaya membawa watak Volstagg dalam trilogi Thor dan Titus Pullo dalam siri drama sejarah HBO Rom.

Beliau juga dijangka akan membintangi Baylan Skoll dalam siri Disney+ Star Wars: Ashoka yang akan datang.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Berita pemergian Stevenson telah mendapat perhatian daripada bintang-bintang yang pernah bekerjasama dengannya.

Pelakon Inggeris, James Purefoy yang membintangi bersama Stevenson di Rom, menyifatkan beliau sebagai “pelakon yang cemerlang, berani, menjiwai watak yang dibawanya”.

Pelakon Scott Adkins, yang membintangi bersamanya dalam Accident Man turut memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.

“Terkejut dan sedih dengan berita tragis bahawa pelakon hebat dan kawan baik saya, Ray Stevenson telah meninggal dunia.

“Saya akan merindui awak Big Ray! Hidup ini singkat jadi manfaatkan hidup ini untuk orang lain,” kata Adkins.

Sumber: BBC News

The post Bintang Thor & Star Wars, Ray Stevenson Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*