Biskut Coklat Nestum, Resipi Paling Senang Buat Guna 2 Bahan Je

biskut nestum senang

Biskut Coklat Nestum, Resipi Paling Senang Buat Guna 2 Bahan Je

Hanya berbaki 10 hari lagi sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri, tentu ramai di antara kita sudah mula membuat persiapan raya seperti membeli pakaian raya bersama ahli keluarga.

Ada juga yang tidak melepaskan peluang ini untuk menghias rumah dengan pelbagai dekorasi termasuk mengecat dinding dan memasang pelita mengelilingi kawasan rumah.

Selain itu, setiap kali menyambut perayaan ini, kuih raya menjadi salah satu makanan penting ketika lebaran.

Meskipun ia sekadar kuih, namun suasana raya ibarat tidak lengkap jika tiada kuih ini. Bahkan, waktu inilah kita dapat mengenal pelbagai kuih raya yang biasany tiada di bulan-bulan lain.

Jadi, tidak hairan masyarakat kita sanggup bersengkang mata demi menyiapkan kuih-muih ini untuk dihidangkan buat tetamu pada hari raya nanti. Bagaimanapun, proses membuatnya memerlukan ketelitian.

Antara kuih raya yang popular ketika Hari Raya Aidilfitri termasuklah Almond London, Semperit, Tart Nanas, Cornflakes Madu, Popia Simpul Kasih dan banyak lagi.

Oleh itu, SK hari ini akan berkongsi satu resipi mudah kuih raya hanya dengan menggunakan dua bahan sahaja iaitu chocolate nestum.

Untuk mengetahui resipi menarik ini, mari kita ikuti perkongsian Suraya Yaacob dalam Facebook Kumpulan Geng Hero Dapur di bawah.

Resipi Coklat Nestum

Gambar: Suraya Yaacob

Terjebak jugak dengan biskut raya paling senang ni.

Gambar: Suraya Yaacob

Bahan-bahan:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah dua cawan nestum dan dua cawan coklat yang dicairkan.

BACA: “Ingatkan Dekat Malaysia”, Wanita Kongsi Kemeriahan Suasana Bazar Ramadan Di Australia

Cara penyediaan:

Pertama, ambil dua cawan nestum gaul bersama dua cawan coklat yang dicairkan.

Kedua, masukkan nestum yang digaul bersama coklat ke dalam acuan kiub. Tekan-tekan sampai padat.

biskut raya senang
Gambar: Suraya Yaacob

Selepas itu, masukkan ke dalam peti sejuk untuk membuatkan tekstur coklat menjadi keras.

Keempat, apabila ia dah keras boleh keluarkan coklat dari acuan kemudian hiaskan mengikut citarasa masing-masing.

Senang betul buatnya. Sedap pulak tu. Anak-anak kemain suka. Rasanya raya nanti biskut ni yang paling cepat habis.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Suraya Yaacob

BACA JUGA: Telekung, Kek Kenangan Terakhir Aqif – Ibu

The post Biskut Coklat Nestum, Resipi Paling Senang Buat Guna 2 Bahan Je appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*