Wanita Dilapor Maut, Kereta Dipandu Tunang Terjunam Masuk Parit

Wanita Maut Ketika Kereta Dipandu Tunang Terjunam Ke Dalam Parit

Seorang wanita dilapor terkorban selepas terlibat dalam kemalangan apabil kereta yang dipandu tunangnya terjunam ke dalam parit berdekatan Jalan Chui Chak- Langkap pada petang ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Nurul Fatihah Ismail, 29, disahkan maut di tempat kejadian, manakala tunangnya yang berusia 30 tahun dan adik perempuan yang masih belum dikenalpasti identitinya mengalami kecederaan.

Ketika kejadian itu berlaku, ketiga-ketiga mangsa yang menaiki kereta model Honda Civic berwarna hitam itu dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampung Gajah, Perak.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pada jam 6.28 petang tadi.

“Setibanya di lokasi, lelaki berkenaan telah dikeluarkan oleh orang awam manakala dua wanita masih berada dalam kenderaan terbabit.

“Pemeriksaan mendapati mereka tidak tersepit dan operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa terus digerakkan,” katanya menerusi laporan Sinar Harian.

Beliau menambah, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan mangsa yang cedera pula telah dikejarkan untuk mendapat rawatan. Operasi tersebut dilaporkan tamat sekitar jam 7.23 petang hari ini.

Semalam, seorang wanita dan bayi lelakinya berusia enam bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada 12.40 tengah malam tadi.

Siasatan awal mendapati kereta Perodua Axia yang dinaiki mangsa bersama dua anak dan dipandu oleh suaminya yang juga seorang anggota tentera berusia 28 tahun dalam perjalanan dari Subang, Selangor menuju ke Kota Bharu, Kelantan.

BACA: Ibu, Bayi Enam Bulan Maut Dalam Nahas Di Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Sumber: Sinar Harian

The post Wanita Dilapor Maut, Kereta Dipandu Tunang Terjunam Masuk Parit appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*