Konsert Kutip RM45 Juta Semalam, Blackpink Jadi Artis Berkumpulan Raih Kutipan Tertinggi

Blackpink konsert kutipan tertinggi

Konsert Kutip RM45 Juta Semalam, Blackpink Jadi Artis Berkumpulan Raih Kutipan Tertinggi

Blackpink telah memecahkan rekod bagi artis berkumpulan dengan kutipan tertinggi apabila konsert mereka berjaya mendapat hasil kutipan tertinggi sepanjang sejarah.

Kumpulan penyanyi wanita ini berjaya meraih hampir $10 juta (RM45.7 juta) setiap malam daripada hasil kutipan pertunjukkannya di Mexico.

Sebelum ini, Blackpink telah mengadakan konsert Blackpink’s Born Pink World Tour yang bermula di Seoul, Korea Selatan pada Oktober 2022. Sejak itu, tiket konsert di beberapa lokasi di Amerika Utara, Eropah dan Asia dilaporkan habis terjual.

Di Mexico City, Blackpink telah mengadakan pertunjukan di Stadium Foro Sol yang mampu memuatkan sebanyak 65,000 penonton.

Kumpulan K-pop berkenaan telah melakukan persembahan untuk dua malam dan jumlah tiket bagi kedua-dua malam dilaporkan habis terjual.

Jumlah kutipan kasar daripada konsert dua hari berkenaan adalah $19.4 juta (RM88.80 juta) atau $9.989 juta (RM45.72 juta) bagi setiap malam.

Berdasarkan hasil kutipan tersebut, ini menjadikan konsert tersebut sebagai konsert artis berkumpulan yang berjaya mendapat hasil kutipan tertinggi di dunia.

Tambahan lagi, konsert jelajah Blackpink itu turut mencatatkan hasil kutipan tertinggi bagi artis berkumpulan wanita.

Setakat ini, Born Pink World Tour yang diadakan di beberapa buah negara sudahpun berjaya mencatatkan kutipan kira-kira $78 juta (RM357.04 juta).

Pencapaian ini berjaya memintas rekod yang dipegang oleh pemegang rekod terdahulu iaitu, Spice Girls.

Peminat BLACKPINK di Malaysia memenuhi perkarangan Bukit Jalil seawal jam 10 pagi

Sebelum ini, Blackpink juga menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi bagi konsert jelajah tersebut pada 4 Mac 2023 lalu.

Keterujaan para peminat memang sukar digambarkan apabila ribuan mula berkumpul di lokasi konsert, di Stadium Bukit Jalil sejak 10 pagi. Konsert berkenaan pula hanya bermula pada belah malamnya.

Selain itu, peminat juga ketika itu berpeluang membeli ‘merchandise’ Blackpink yang dijual di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil.

Menurut laporan media, konsert berkenaan berjaya menarik lebih 62,000 peminat. Untuk makluman, konsert tersebut merupakan konsert kedua kumpulan Blackpink di Malaysia. Konsert pertama diadakan pada tahun 2019 menerusi konsert Blackpink World Tour: In Your Area.

Kumpulan K-pop Blackpink dianggotai oleh empat ahli kumpulan wanita yang bernama Kim Jennie, Lalisa Manoba, Kim Jisoo serta Park Rosé.

BACA: Dr. Zulkifli Puji Drama Korea, Babak Tepat & Sarat Dengan Ilmu

Sumber: Allkpop

The post Konsert Kutip RM45 Juta Semalam, Blackpink Jadi Artis Berkumpulan Raih Kutipan Tertinggi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*