Boleh Ke Makan Kalau Peniaga Tersilap Bagi Lebih Makanan? Ini Jawapan UAI

peniaga bagi lebih makanan

Boleh Ke Makan Kalau Peniaga Tersilap Bagi Lebih Makanan? Ini Jawapan UAI

Berniaga merupakan salah satu punca rezeki yang boleh diceburi oleh semua masyarakat. Namun, untuk menguruskannya bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi jika kedai itu menjadi tumpuan ramai.

Meskipun lambakan pelanggan sememangnya menjadi dambaan para peniaga, namun kadangkala perkara ini membuatkan mereka tidak menang tangan dan cenderung untuk melakukan kesilapan dalam pengiraan makanan khususnya di kedai yang menjual aneka lauk-pauk.

Sebagai contoh, peniaga terlebih meletakkan makanan. Susulan itu, timbul persoalan berhubung isu ini sama ada sekiranya lebihan makanan tersebut boleh dimakan ataupun tidak?

“Saya beli ayam seketul, bungkus. Sampai di rumah, ada dua ketul. Boleh tak saya makan yang lebih seketul itu?” 
Gambar: Bernama

Pendakwah bebas terkenal tanah air, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjawab persoalan berkenaan selepas disoal dalam satu kuliah agama baru-baru ini.

“Dia beli di kedai..bungkus. Nasi goreng satu, telur mata satu. Dia balik rumah tengok telur mata dua.

“Nak hantar balik 28 kilo (kilometer), maka hukumnya kata ulama Fekah, boleh makan. Dan esok lalu ganti. Jika dia tak lalu dah kedai itu, dia bank in. Ha jelas dakgi? atau minta halal,” ujar UAI.

BACA JUGA: “Jangan Persenda..,” UAI Perjelas Hukum Tukar Perkataan Neraka Kepada Melaka

Beliau turut menjelaskan beberapa situasi lain bagi memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai persoalan berkenaan.

“Dia berhenti kedai kawan dia, roti telur satu, kuah kacang dal ok jelas? Kawan dia bungkuslah. Dah kawan mari beli, potong que bungkus.

“Kawan tu balik sampai rumah, buka tengok ada dua roti telur. Kalau dekat kata ulama, kena hantar. Kalau jauh menyusahkan, boleh makan (kalau simpan esok rosak) dan dia ganti pada esok hari atau minta halal. Tu cara dia,” ujar penceramah tersebut.

Walau bagaimanapun, UAI menegaskan, sekiranya ia bersifat tidak rosak (tahan lama), tidak boleh digunakan.

“Tapi kalau benda yang tidak rosak, tidak boleh guna. Faham? Roti canai, makanan dia rosak boleh guna. Sama juga dengan benda luqatah. Kita jumpa rantai, tak boleh pakai, melainkan selepas setahun. Sebab nabi bersabda, hendaklah kamu iklan penemuan itu satu tahun,” jelasnya.

Sumber: Youtube Ustaz Azhar Idrus

The post Boleh Ke Makan Kalau Peniaga Tersilap Bagi Lebih Makanan? Ini Jawapan UAI appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*