Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Bolehkah bakteria dalam badan

Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Produk susu kultur adalah sejenis minuman yang sering menjadi pilihan ramai ibu bapa untuk anak-anak mereka. 

Ia bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak, malah minuman ini juga digemari oleh mereka yang lebih dewasa.

Namun tahukah anda, terdapat satu minuman susu kultur ini yang merupakan minuman probiotik pertama dan nombor satu di Malaysia? 

Produk minuman susu kultur apa yang dimaksudkan? 

Produk yang dimaksudkan adalah susu kultur jenama popular VITAGEN. Korang pasti menyangka bahawa produk ini buatan negara-negara maju di luar sana kan? 

Tekaan anda salah, sebaliknya VITAGEN adalah jenama minuman susu kultur pertama kebanggaan bagi Malaysia. 

VITAGEN telah berada di dalam industri minuman susu kultur ini selama 46 tahun sejak ia mula dihasilkan pada 1977. 

Minum susu kultur boleh pengaruhi mood seseorang?

Kredit: Freepik

Seperti yang ramai ketahui, VITAGEN adalah sejenis minuman probiotik yang mengandungi berbilion bakteria baik bukan sahaja bagus untuk sistem penghadaman dan imunisasi badan, malah ianya lebih dari itu. 

Terdapat bukti saintifik yang mendedahkan bahawa terdapat hubungan menarik antara usus dan otak yang dikenali sebagai Gut-Brain Axis (GBA). 

GBA terdiri daripada komunikasi dua arah antara sistem saraf pusat dan enterik yang menghubungkan emosi dan kognitif otak dengan fungsi usus periferal. 

Kumpulan Penyelidikan GUT Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, mengkaji bagaimana susu kultur seperti VITAGEN yang mengandungi lactobacillus dapat membantu mempengaruhi mood seseorang. 

Kajian yang dijalankan selama 12 minggu ke atas pesakit Sindrom Iritasi Usus (IBS) mendapati terdapat perubahan signifikan kepada badan mereka. 

Antara penemuan yang ditemui adalah seperti berikut: 

  • Menambahkan aras serotonin sebanyak 47%
  • Mengurangkan skor kemurungan sebanyak 42%
  • Meningkatkan kualiti hidup sebanyak 7.1%
  • Mengurangkan simptom sindrom penghadaman rengsa iritasi usus (perubahan tabiat buang air besar dan sakit abdomen) sebanyak 42.1%
Kredit: Freepik

Apa itu hormon Serotonin?

Di dalam badan manusia terdapat pelbagai hormon seperti dopamin, oksitosin, endorfin dan serotonin yang boleh mempengaruhi mood seseorang. 

Terdapat penemuan di dalam kajian yang menunjukkan bahawa peningkatan hormon serotonin menjadi penyumbang penting kepada kesihatan mental individu. 

Tahukah anda bahawa kira-kira 90% serotonin dihasilkan dalam usus? Selebihnya sebanyak 10% pula dihasilkan daripada dalam otak. 

Hormon ini terhasil daripada triptofan iaitu sejenis asid amino yang penting dan hanya diperolehi daripada pengambilan makanan. 

Untuk pengetahuan anda, serotonin adalah pengaruh terbesar dalam perubahan ke atas perasaan dan tingkah laku seseorang. Terutamanya dalam situasi cara kita berkomunikasi dan bersosial, cara kita makan dan mencerna serta tahap kualiti tidur seseorang. 

Jika tahap serotonin rendah di dalam badan seseorang, maka ia boleh dikaitkan dengan kemurungan dan kecelaruan dalam fikiran. 

Oleh itu, peningkatan serotonin dalam badan sangat penting dalam memastikan kesihatan mental yang baik. 

Berbalik kepada penemuan kajian klinikal tadi, pengambilan minuman VITAGEN dikatakan dapat menambahkan tahap serotonin di dalam badan seseorang. 

Tahap serotonin yang tinggi di dalam badan dapat membantu anda untuk memiliki kesejahteraan mental yang stabil.

Untuk mendapat maklumat lebih terperinci lagi berkenaan VITAGEN, anda boleh klik di sini

Kredit Vitagen

The post Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*