Lelaki Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Rumah, Bongar Misteri Bau Busuk

lelaki meninggal dunia

Lelaki Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Rumah, Bongar Misteri Bau Busuk

Kota Bharu- Misteri bau busuk di jalan Sabak, Kampung Kemumin membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai meninggal dunia beberapa hari yang lalu, lapor Sinar Harian.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Kanan II Syukri Ismail berkata pihaknya bergerak ke lokasi kejadian selepas orang awam membuat panggilan tentang penemuan mayat tersebut.

Menurutnya, mayat tersebut ditemui dalam keadaan terlentang di atas kerusi di sebuah rumah terkunci kira-kira jam 12.39 tengah hari pada Isnin.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihak kami mendapati rumah tersebut berada dalam keadaan terkunci,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Syukri Ismail, operasi membuka pintu rumah dan bilik mangsa kemudiannya dilakukan selepas mendapat kebenaran pihak polis.

Hasil pemeriksaan seterusnya mendapati bahawa seorang lelaki dewasa telah meninggal dunia di atas kerusi dan berada dalam keadaan terlentang.

Menurut Syukri lagi, mayat mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk proses selanjutnya.

Sementara itu, penemuan mayat lelaki itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rosdi Daud.

Rosdi Daud berkata bahawa laporan berhubung penemuan mayat tersebut telah diterima oleh pihaknya.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Wanita Indonesia Maut, Dijumpai Di Tepi Tangga

Polis mengesahkan seorang wanita dipercayai warga Indonesia maut dan ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di tepi tangga tingkat lima sebuah bangunan, Desa Mentari, Petaling Jaya pada Isnin.

Lapor Sinar Harian, mangsa dalam lingkungan 20-an itu mempunyai kesan kecederaan di badan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, selepas pihaknya menerima laporan kira-kira jam 6.30 pagi, sepasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah dihantar ke tempat kejadian.

Jelasnya, bagi mengenal pasti kesan kecederaan yang dialami mangsa, siasatan lanjut akan dijalankan.

Dalam pada itu, beliau turut berkata usaha untuk mengesan pelaku masih dijalankan.

Beliau turut meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan kenyataan ke balai polis berhampiran.

Sumber: Sinar Harian

The post Lelaki Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Rumah, Bongar Misteri Bau Busuk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*