Bomb Battle, Permainan Video Imersif Dengan Bom Cat Terbesar Pertama Di Asia Dilancarkan Di Malaysia

Bomb Battle, permainan video imersif dengan bom cat terbesar pertama di Asia, dilancarkan di Malaysia untuk merevolusikan hiburan ke peringkat yang baharu

KUALA LUMPUR, 9 Mei 2023 — Pencipta konsep dan permainan, Mission Group Ltd, teruja mengumumkan pelancaran permainan video alam nyata berkumpulan yang dipanggil Bomb Battle, yang merupakan pertama seumpamanya di Asia. Terdapat lima permainan arked imersif penuh yang menarik dan diinspirasikan oleh filem aksi, game shows, permainan escape room dan e-sukan, menghasilkan suatu pengalaman permainan yang istimewa.

Konsep permainan Bomb Battle dipelopori oleh usahawan Datin Sheehan Tee dan pengasas bersamanya Mr. Tai Lee Chuen, yakin bahawa ia merupakan salah satu ruang hiburan yang paling inovatif dan seronok di negara ini. Portfolio Sheehan yang mengagumkan mencakupi peranannya sebagai Ketua Pegawai Operasi Escape Room dan The Rift, taman tema realiti maya dan realiti terimbuh yang pertama dan terbesar di Malaysia, termasuk juga pengasasan MyBestBox, taman hiburan dalam bangunan yang diinspirasikan oleh rancangan Korea popular Running Man dan rancangan aneka ragam Wipeout.

Direka sebagai destinasi hiburan berkumpulan terunggul, permainan berteknologi tinggi ini mencabar kecekapan pemainnya untuk meredakan fius berdetik bom cat sebelum masa 75 minit berakhir. Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan letupan berwarna-warni yang menyemburkan cat kepada para pemain dan memberikan lonjakan adrenalina yang tiada tandingannya dalam dunia hiburan tempatan Malaysia.

Datin Sheehan Tee, pengasas Mission Group Pte Ltd berkata, “Kami gembira memperkenalkan permainan unik Bomb Battle kepada masyarakat Malaysia. Ia merupakan gabungan sempurna antara keseronokan, daya fikir dan kemahiran supaya anda boleh meluangkan masa berkualiti bersama dengan keluarga dan rakan-rakan anda.

“Permainan ini mempunyai lima bilik unik, di mana setiap bilik mempunyai tiga tahap kesukaran masing-masing yang mampu mencabar para pemain di setiap tahap kemahiran. Permainan ini direka oleh kami supaya para pemain akan menyelami sepenuhnya dalam permainan arked hidup-nyata, dan memberi para pemain sejenis pengalaman yang begitu menggembirakan dan tidak dapat dilupakan selama-lamanya.”

Untuk meningkatkan keseronokan para pemain ke peringkat yang seterusnya, Bomb Battle telah bekerjasama dengan perintis dan pelopor kamera aksi terunggul di dunia, GoPro sebagai Rakan Rasmi Kamera. Dengan menggunakan kamera GoPro, para pemain mudah merakam detik-detik permainannya yang begitu rancak untuk dibawa pulang dan dikongsi dengan seluruh dunia.

Di atas itu, syarikat tersebut telah bekerjasama dengan Klook Malaysia yang berperanan sebagai ejen pelancongan rasmi dalam talian untuk memberikan perkhidmatan pembelian tiket yang eksklusif kepada pelanggannya, termasuk juga dalam kerjasama ini adalah Hausboom sebagai Rakan Rasmi Minuman mereka.

Permainan ini bukan sahaja menunaikan hiburan yang begitu seronok, ia juga memastikan keselamatan para pemainnya dengan menyediakan baju bahan berbahaya (hazmat suit) yang melindungi seluruh badan dan peralatan pelindung. Permainan Bomb Battle dilengkapi skrin sentuh canggih syarikat kami, sistem IoT, dan perkakasan laser maze yang memberikan anda pengalaman permainan unik daripada gabungan teknologi dengan hubungan sosial manusia.

Tiket rasmi Bomb Battle boleh dibeli melalui laman sesawangnya atau melalui Klook Malaysia. Warga Malaysia boleh memilih di antara dua misi yang mendebarkan, Bomb Mission atau VIP Mission, harganya bermula dari RM89 seorang.

Dengan pelan untuk mengembangkan jenama di seluruh negara dan pentas antarabangsa, bermula di Selangor dalam masa hanya beberapa bulan yang lalu, Battle Bomb sedia untuk menjayakan jenamanya di dunia hiburan. Permainan ini berjanji untuk memberikan pengalaman hiburan yang lebih hebat dan mengagumkan untuk semua orang.

Memperkenalkan ganjaran dan insentif eksklusif dengan aset digital

Bomb Battle bertekad untuk mengekalkan kedudukannya sebagai pemimpin arah aliran dengan memperkenalkan aset digital sebagai langkah baru untuk menambah baik pengalaman pelawat, mempermudahkan transaksi dan mengurangkan kos. Melalui pendekatan inovatif ini, syarikat ini mengacu untuk membentuk piawaian baru dalam industri ini dari segi interaksi dan kepuasan pelanggan.

“Di Bomb Battle, kami mempercayai bahawa merangkul masa depan teknologi dan inovasi digital merupakan kunci untuk kekal mendahului permainan ini. Inilah kenapa kami teruja memperkenalkan aset digital sebagai langkah penting untuk menjayakan matlamat kami. Ganjaran dan insentif eksklusif yang diberikan oleh kami bukan sahaja meningkatkan mutu pengalaman mereka, tetapi juga bantu mendorong kepada interaksi pelanggan dan kehadiran mereka. Kemudahan baharu yang menarik ini tidak tersedia kepada bukan pelawat atau sesiapa yang tidak mempunyai aset digital, ini merupakan peluang unik kepada para pemain yang dihargai kami supaya kekal mendahului permainan,” Datin Sheehan meneruskan.

Aset digital tersebut akan tersedia untuk para pemain sebentar lagi. Untuk kemas kini lanjut, sila ikuti laman sesawang rasmi Battle Bomb atau ikuti Instagram mereka.

The post Bomb Battle, Permainan Video Imersif Dengan Bom Cat Terbesar Pertama Di Asia Dilancarkan Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*