Dipercayai Terlebih Muatan, Lori Dilapor Terjunam Ke Dalam Laut Ketika Naiki Feri

lori dilapor terjunam dalam laut

Dipercayai Terlebih Muatan, Lori Dilapor Terjunam Ke Dalam Laut Ketika Naiki Feri

Sebuah lori dilaporkan terjunam ke dalam laut ketika hendak menaiki feri di Pelabuhan Merak, Banten, Indonesia sekitar pukul 10 malam waktu tempatan pada Rabu semalam.

Pengurus Besar Pengangkutan Lintas Sungai, Tasik  (ASDP) Indonesia cawangan Merak, Lutfi Pratama telah mengesahkan insiden itu pada pagi Khamis dan sedang disiasat oleh Kementerian Pengangkutan Darat, lapor Kumparan News.

Lutfi turut berkata lori tersebut masih lagi belum dibawa naik kerana kekangan cuaca yang buruk dan ombak tinggi pada malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa berlaku akibat kejadian itu.

Menurut Ketua Pengarah Pengangkutan Darat, Hendro Sugiatno, dipercayai bahawa lori yang jatuh ke dalam laut itu adalah disebabkan oleh terlebih muatan, lapor detikFinance.

Selepas kejadian tersebut, Hendro menyatakan siasatan telah dilakukan dengan beberapa pihak seperti ASDP, Pusat Pengurusan Pengangkutan Darat Wilayah VIII (BPTD) Banten, Polis dan operator.

Beliau turut menegaskan bahawa keadaan semasa jeti itu masih lagi selamat dan boleh digunakan.

Bagaimanapun, lori yang membawa muatan simen itu sedang disiasat sama ada ia benar-benar membawa muatan berlebihan atau tidak.

Memetik Kumparan News lagi, Pelabuhan Merak ditutup pada Rabu semalam disebabkan oleh keadaan cuaca buruk, tetapi dibuka kembali pada hari Khamis pukul 4 pagi waktu tempatan.

Pihak ASDP Indonesia cawangan Merak berkata, berikutan penutupan pelabuhan akibat keadaan cuaca yang buruk pada malam tadi telah menyebabkan kenderaan terpaksa beratur menunggu untuk masuk ke dalam feri di Pelabuhan Merak dan Bakauheni.

Bagaimanapun, barisan kenderaan yang memasuki ke dalam feri tersebut sudah mula kucar-kacir selepas perkhidmatan kembali beroperasi semula pada pagi tadi, lapor Kumparan News.

“Bagi penutupan perkhidmatan laluan berdasarkan situasi force majuere malam tadi, pengguna masih boleh menggunakan laluan pada pagi ini,” kata ASDP.

Dalam pada itu, pihak ASDP turut menasihati kepada orang awam dan pengguna supaya bijak dalam merancang perjalanan ketika hendak menaiki feri sewaktu cuaca buruk.

Pengguna juga diminta sentiasa berwaspada dengan cuaca buruk, memastikan keadaan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik serta mematuhi arahan semasa berada di pelabuhan atau di dalam feri.

Sumber: Kumparan News, detikFinance

The post Dipercayai Terlebih Muatan, Lori Dilapor Terjunam Ke Dalam Laut Ketika Naiki Feri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*