Buaya hantar mayat mangsa lemas, netizen anggap binatang lagi berperikemanusiaan

Sebuah rakaman yang menunjukkan seekor buaya menghantar jasad kanak-kanak lemas ke muara sungai tular di media sosial baru-baru ini.

Kejadian tersebut berlaku di negara seberang tepatnya di Sungai Mahakam, Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur, Indonesia.

Rakaman yang mengharukan itu menunjukkan haiwan pemangsa datang dari tengah sungai menuju ke tempat keluarga kanak-kanak itu berada.

Penjaga kanak-kanak itu sebenarnya sudah dua hari melaporkan kehilangan anak mereka yang berusia empat tahun setelah bermain di sungai.

Usaha mencari anak mereka, Muhammad Ziyad Wijaya sedang giat dijalankan oleh pihak berwajib sebelum dihubungi keluarga untuk memaklumkan penemuan jasad.

Mereka tidak menyangka buaya itu sebenarnya sedang membawa mangsa di dalam mulutnya untuk dipulangkan ke pangkuan keluarga.

“Sekitar jam 7.00 pagi, pasukan mendapat maklumat daripada keluarga bahawa mereka melihat ada seekor buaya membawa jasad manusia.

Ternyata jasad itu anak yang kita cari,” kata Ketua Pencarian dan Pertolongan Basarnas Kaltim Melkianus Kotta.

Memeranjatkan, jasad kanak-kanak itu berada di dalam keadaan yang sempurna dan tiada sebarang anggota yang hilang apabila diperiksa.

Rata-rata penduduk Indonesia kagum bagaimana seekor buaya yang terkenal dengan sifat ganas begitu prihatin dan membandingkanya dengan sesetengah manusia yang tidak menyayangi anak sendiri.

“Subhanallah, binatang buaya yang menolong menghantarkan jasad anak itu, ternyata lebih bernaluri dan penuh kasih yang kadang mencampak atau membunuh anak sendiri,” komen pungguna bernama Luddy Patra.

“Pada dasarnya semua haiwan di muka bumi ini memiliki perasaan, cuma kita sebagai manusia saja terlalu serakah merosak habitat haiwan,” kata pengguna lain.

Baca juga: ‘Vin Diesel’ beli ikan pakai kurta, warganet tanya dah masuk Islam ke?

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*