Bukan Hanya Untuk Tukar Tayar Je, Ini 3 Kegunaan Sepana Ketika Kecemasan

Bukan Hanya Untuk Tukar Tayar Je, Ini 3 Kegunaan Sepana Ketika Kecemasan

Dalam setiap kereta, mesti ada sediakan tool box kan? Kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Kalau jadi apa-apa semasa anda sedang membawa kereta, sekurang-kurangnya anda mempunyai tool box yang boleh membantu.

Selain daripada tool box setiap kereta mesti akan ada sepana tayar untuk tukar tayar, kan? Tapi, anda tahu tak sepana tayar tu ada kegunaan yang lain? Mari kita lihat perkongsian telah dikongsikan di platform X dari Clean Car Club.

Tiga Kegunaan Sepana Tayar

Menurut video tersebut, sekiranya lampu temperature anda tiba-tiba menyala, anda harus berhentikan kenderaan anda di tepi. Jangan lupa pasang lampu hazard ya. Ini supaya kenderaan lain tahu bahawa kereta anda mengalami masalah.

Anda perlu buka bonnet kereta (bonnet bahagian depan kereta, boot kereta untuk bahagian belakang), dan periksa sama ada cooling fan anda bergerak atau tidak. Sekiranya ianya tidak bergerak, anda ambil sepana tayar dan ketuk cooling fan sehingga dia bergerak kembali.

Kegunaan seterusnya, apabila gear anda tidak bergerak, anda perlu buka penutup di shift lever. Kemudian, masukkan sepana tayar ke dalam lubang itu dan gear anda akan boleh bergerak semula.

Selain itu, apabila kereta anda tidak ‘hidup’ setelah anda cuba ‘menghidupkannya’, ia selalu berlaku kerana terdapat contact yang tidak baik antara carbon brushes di motor pemula. Sekali lagi, anda keluarkan sepana tayar anda dan ketuk bahagian itu beberapa kali.

Selepas itu, anda cuba hidupkan enjin kereta anda. Menjadi tak? Ada yang dah pernah cuba ke cara lain untuk gunakan sepana tayar ini? Berkesan tak? Adakah ini fakta, atau auta? Hanya orang yang dah cuba saja yang tahu.

Nak tahu lebih lanjut boleh tonton video tersebut di bawah.

 

Sumber: Clean Car Club

BACA JUGA: Akhirnya Terjawab, Macam Ini Rupanya Cara Masukkan Tali Seluar Yang Ramai Tertanya-tanya

The post Bukan Hanya Untuk Tukar Tayar Je, Ini 3 Kegunaan Sepana Ketika Kecemasan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*