Juruterbang Maut, Pesawat Terlanggar Tiang Kabel Utiliti & Terbakar

juruterbang maut pesawat terhempas

Juruterbang Maut, Pesawat Terlanggar Tiang Kabel Utiliti & Terbakar

Satu video yang menunjukkan sebuah pesawat kecil terhempas di sebuah lebuhraya di Chile menjadi tular di media sosial hari ini.

Menurut laporan CNN Chile, tragedi berkenaan berlaku pada Isnin lepas di KM247 Lebuhraya Ruta 5 Sur di Talca, berdekatan dengan ruang udara Panguilemo.

Berdasarkan video yang menjadi tular di media sosial, pesawat ringan berkenaan dilihat melanggar tiang kabel utiliti di tepi jalan sebelum terhempas.

Akibat pelanggaran tersebut, pesawat berkenaan kelihatan kehilangan keseimbangan dan ada beberapa serpihan bertebaran di udara.

Rakaman video yang tular juga menunjukkan ada bahan seakan cecair keluar daripada bahagian bawah pesawat tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan status dan jenis cecair berkenaan.

Pesawat malang berkenaan kemudian kelihatan terbakar sebelum terhempas di atas permukaan jalan di kawasan kejadian.

CNN Chile dalam laporannya berkata, pesawat berkenaan merupakan pesawat ringan milik Jabatan Perhutanan Negara (CONAF).

CONAF turut mengesahkan kejadian yang menimpa juruterbang dan pesawat miliknya itu.

Menurut CONAF lagi, juruterbang yang terlibat dalam nahas itu merupakan juruterbang dengan kewarganegaraan Sepanyol.

Pesawat yang terlibat pula merupakan pesawat ringan jenis Turbo Trush yang dioperasikan oleh Air Andes SPA dan menyediakan perkhidmatan kepada CONAF.

Difahamkan, juruterbang pesawat berkenaan maut selepas mengalami kecederaan serius.

CONAF kini sedang aktif berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat punca kepada nahas tersebut.

Agensi itu juga akan berkongsi dan memaklumkan semua maklumat yang ada bagi menjelaskan situasi sebenar.

Dalam pada itu, kerajaan tempatan Maule berkata terdapat tiga lagi individu turut terkesan dengan nahas tersebut.

Bagaimanapun, CNN Chile tidak berkongsi lebih lanjut status ketiga-tiga individu berkenaan.

BACA: Nahas Pesawat Di Elmina: Tiada Penemuan Objek Asing Pada Komponen Enjin

BACA: Kenapa Bas Sekolah Selalu Warna Kuning Keorenan? Ini Sebabnya

Sumber: CNN Chile

The post Juruterbang Maut, Pesawat Terlanggar Tiang Kabel Utiliti & Terbakar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*