Burt Young, Bintang Filem “Rocky” Disahkan Meninggal Dunia

Burt Young meninggal dunia

Burt Young, Bintang Filem “Rocky” Disahkan Meninggal Dunia

Burt Young, pelakon yang membintangi filem ‘Rocky’ dilaporkan telah meninggal dunia, lapor New York Post.

Kematian bintang berusia 83 tahun itu disahkan pada Rabu oleh anak perempuannya, Anne Morea Steingieser.

Young yang memegang watak Paulie Pennino dalam ‘Rocky’ adalah kawan baik kepada peninju terkenal itu dan abang kepada cinta hati watak utama tersebut.

“Saya adalah satu-satunya pelakon yang tidak mengikuti uji bakat dalam ‘Rocky’ pertama. Dan saya mendapat wang yang banyak untuk itu,” katanya kepada The Rumpus pada 2017.

Filem yang ditayang pada 1976 telah berjaya menjadikannya calon anugerah Oscar bagi kategori pelakon pembantu.

Dalam pada itu, bintang utama filem ‘Rocky’ Sylvester Stallone turut sempat menulis ucapan takziahnya di akaun Instagram miliknya.

Sylvester Stallone sempat memuat naik penghormatan terakhir di Instagram

“Kepada rakan yang dikasihi, BURT YOUNG, anda adalah seorang lelaki dan artis yang luar biasa. Saya dan dunia akan sangat merindui anda RIP,” tulis Stallone dalam hantaran muat naik penghormatan terakhir ke atas pemergian Young itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sly Stallone (@officialslystallone)

Dilahirkan di Queens pada tahun 1940, Young dibesarkan di Corona sebelum bapanya menghantarnya ke luar kawasan kejiranan untuk bersekolah.

Pada usia 16 tahun, dia mendaftar sebagai askar Marin dan berkhidmat untuk badan beruniform itu dari 1957 hingga 1959.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Dalam tempoh itu, dia kemudiannya menjadi seorang peninju dan meneruskan kerjaya profesional yang singkat dalam sukan itu dengan catatan 17-1.

Bintang itu mula menggunakan nama Burt Young apabila dia memutuskan untuk menjadi pelakon selepas belajar di bawah Lee Strasber selama dua tahun pada usia lewat 20-an.

Kini Young mempunyai kredit lebih 160 filem dan siri televisyen termasuk “Chinatown” dan “Once Upon a Time in America”.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Sumber: New York Post

The post Burt Young, Bintang Filem “Rocky” Disahkan Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*