SPRM Selesai Temu Bual Saksi Isu NGO Kutip Derma Rakyat Palestin

NGO kutip derma rakyat Palestin

SPRM Selesai Temu Bual Saksi Isu NGO Kutip Derma Rakyat Palestin

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemu bual beberapa saksi berhubung siasatan terhadap sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mengutip wang derma untuk rakyat Palestin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata siasatan dijalankan susulan timbul dakwaan pelbagai pihak yang mempersoalkan bagaimana wang derma itu dibelanjakan oleh NGO berkenaan.

Beliau berkata individu yang dipanggil itu adalah mereka yang bertanggungjawab dalam perbelanjaan dan pihak yang mengaudit akaun NGO terbabit.

“Kesemua mereka telah dipanggil pada minggu lepas dan kini SPRM dalam usaha untuk mendapatkan dokumen-dokumen seperti penyata akaun bank dan laporan kewangan NGO berkenaan.

“Saya jangkakan SPRM perlu membuat forensik perakauan terhadap penyata kewangan dan akaun NGO tersebut kerana kita perlu melihat perjalanan keluar masuk wang yang didermakan dan ke mana ia dibelanjakan sama ada ia benar-benar disalurkan untuk kebajikan rakyat Palestin,” katanya.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Anti-Korupsi Antarabangsa 2023, di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sumber: BERNAMA

The post SPRM Selesai Temu Bual Saksi Isu NGO Kutip Derma Rakyat Palestin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*