California Naikkan Gaji Minimum Pekerja Restoran Makanan Segera, RM 94.50 Sejam

california gaji minimum pekerja restoran segera

California Naikkan Gaji Minimum Pekerja Restoran Makanan Segera, RM 94.50 Sejam

Kerajaan negeri California, Amerika Syarikat dilapor mengambil keputusan untuk menaikkan gaji minimum pekerja-pekerja di restoran makanan segera negeri itu.

Menurur CNN, keputusan yang diambil kerajaan negeri ini disifatkan satu kejayaan besar kepada mereka yang terlibat dan Kesatuan Sekerja.

Rang undang-undang baharu yang menyaksikan kenaikan kadar gaji minimum pekerja restoran makanan segera itu turut ditandatangani oleh Gabenor California, Gavin Newson.

Menerusi perakuan tersebut, upah baharu dinaikkan kepada $20 sejam (RM94.50).

Selain itu, California juga akan mewujudkan satu majlis yang menguruskan hal ehwal perkara berkenaan pada masa hadapan.

Sebelum ini, kadar gaji minimum semasa California adalah $15.50 sejam (RM73.24) per jam dan akan dinaikkan kepada $16 sejam (RM75.60) pada 1 Januari.

Kenaikkan gaji minimum baharu untuk pekerja restoran makanan segera pula akan berkuat kuasa pada 1 April tahun hadapan.

Penguatkuasaan kadar upah baharu ini akan memberi manfaat kepada pekerja restoran makanan segera di sekurang-kurangnya 60 lokasi di seluruh California.

California mewujudkan majlis pekerja restoran makanan segera untuk menaakul isu berkenaan gaji minimum

Kunci utama dalam undang-undang ini adalah menumbuhkan sebuah majlis restoran makanan segera dengan keahlian sebanyak sembilan orang ahli.

Sembilan orang ahli termasuklah dua wakil dari industri makanan segera, dua ahli dari wakil francais atau pemilik restoran, dan dua ahli menwakili golongan pekerja. Selain itu dua orang wakil daripada kumpulan hak pekerja dan seorang ahli dari kalangan orang awam.

Dari 2025 hingga 2029, majlis tersebut diberi kuasa untuk meningkatkan gaji minimum pekerja restoran makanan segera setiap tahun. Kenaikkannya pula adalah dengan maksimum sama ada 3.5% atau perubahan tahunan dalam indeks harga pengguna (ukuran inflasi dan harga barangan kerajaan persekutuan), yang mana lebih rendah.

Dalam tempoh itu, hanya pihak majlis itu boleh menetapkan gaji pekerja restoran makanan segera. Undang-undang ini hanya memberi kuasa kepada majlis tersebut sehingga 2029.

Selain majlis pekerja restoran makanan segera, beberapa pihak mencadangkan agar pekerjaan seperti buruh, kesihatan dan standard keselamatan  diberi pertimbangan untuk memiliki badan pentadbiran yang bersesuaian.

BACA: Waris Dah Boleh Tuntut RM 1000 Di BSN, Ini Syarat Nak Tuntut Skim Khairat Kematian

Sumber: CNN

The post California Naikkan Gaji Minimum Pekerja Restoran Makanan Segera, RM 94.50 Sejam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*