Teruja Nak Sambut Merdeka, Ni Tips Lari Dari Jem Masa Ambang Merdeka@KL & Hari Merdeka 30 & 31 Ogos

Seperti sedia maklum, hari kemerdekaan pastinya akan disambut dengan begitu meriah di seluruh negara bagi mengenang jasa-jasa perajurit yang gugur di medan perang ketika dahulu. 

Setiap tahun, sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos termasuk ambang merdeka pada malam 30 Ogos akan disambut bagi menanam semangat patriotik dalam diri setiap warga. Tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di Dataran Putrajaya yang dijangka dihadiri ribuan umat manusia yang bukan sahaja penduduk setempat malah pelancong asing.

Bagi sambutan ambang merdeka, ia dijangka bermula dari jam 9 malam hingga 10.50 malam 31 Ogos di Dataran Merdeka.

Dimulakan dengan Segmen Setia Perpaduan Malaysia, pengunjung akan dipersembahkan dengan Tarian kebudayaan (Sabah,Sarawak, Orang Asli, India, Melayu dan Cina), nyanyian lagu patriotik oleh artis tempatan, Deklamasi Puisi dan perkongsian sejarah atau info mengenai kemerdekaan. 

Seterusnya, Segmen Persembahan Khas bermula jam 11 malam hingga 11.50 malam. 

Dalam segmen ini, penonton akan dihidang dengan persembahan teater bertajuk “Merdekakah Kita”, Perjuangan Pahlawan di Borneo (Sabah dan Sarawak), Perjuangan Pahlawan Semenanjung, Pengorbanan Cinta Negara, Perjuangan dan Sokongan Pemimpin dari Pelbagai Kaum Untuk Mencapai Kemerdekaan, Pemahaman Erti Kemerdekaan Bagi Generasi Kini dan Finale. 

Min rasa segmen yang terakhir ni pasti semua dah tahu iaitu, Segmen Hitung Detik Merdeka pada 11.55 malam. Segmen ini dimeriahkan dengan nyanyian lagu Negaraku dan persembahan penutup. 

Tips Ke Dataran Merdeka Untuk Ambang Merdeka

tips hari merdeka
Kredit: Bernama

Bagi korang yang ingin ke sana, min akan kongsikan panduan yang telah disediakan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP). 

Bagi mereka yang memilih pengangkutan awam, antara drop point yang perlu korang ketahui ke Dataran Merdeka menggunakan tren adalah turun di stesen LRT Masjid Jamek atau LRT SOGO. 

Korang digalakkan untuk datang awal dan pastikan membawa beberapa kelengkapan persediaan seperti memakai kasut, membawa payung, baju hujan, serta jangan lupa bawa bendera masing-masing.

Bersempena dengan sambutan ini, rapidKL juga melanjutkan beberapa stesen LRT, MRT dan Monorel sehingga jam 2 pagi pada 31 Ogos 2023.

Antaranya termasuklah Laluan LRT Ampang/Sri Petaling, Laluan Kelana Jaya, Laluan MRT Kajang, Laluan KL Monorel dan Laluan MRT Putrajaya. Untuk lebih pencerahan boleh lihat infografik di bawah. 

tips hari merdeka
Kredit: rapidKL

Bagi yang datang dengan kenderaan sendiri, min juga nak share beberapa lokasi meletakkan kenderaan berbayar di sekitar Dataran Merdeka. Antara lokasi yang boleh diketengahkan oleh orang ramai termasuklah di Parking Padang Merbok, Parking  Bertingkat di Taman Botani, Pasar Central Market (Parking Lot). CITY Parking (Jalan Tugu) dan di Menara PT80.

Tak lengkap rasanya jika sambut Ambang Merdeka tapi tak sertai perarakan Hari Kebangsaan tu sendiri.

Jadi kali ni, jom min kongsi beberapa tips perjalanan korang supaya lebih mudah dan lancar untuk ke Dataran Putrajaya pada keesokan harinya pula. (letak di bawah, switch para ambang dulu naik atas)

Jadi tak adalah korang pening nak parking mana, nak naik tren stesen mana mahupun nak datang pukul berapa. Semuanya sudah tersedia untuk korang rancang perjalanan nanti. 

Lebih 7,000 tempat letak kereta

tips hari merdeka
Kredit: Perbadanan Putrajaya

Untuk makluman, sekitar 7,702 ruang parkir telah disediakan Jabatan Wilayah Persekutuan di pelbagai lokasi di sekitar Putrajaya. Antara lokasi terlibat adalah 27 tempat letak kereta di Presint 1, 2, 3 dan 4.

Selain itu, korang juga boleh park di bangunan Park & Ride serta ruang Terbuka Lot 7MD6, Terminal Putrajaya Sentral di Presint 7. Dari sana, korang boleh menaiki bas untuk ke dataran.

Bas juga akan disediakan di zon Putrajaya International Convention Centre (PICC), Presint 5 untuk mengambil para pengunjung. Di sini, korang boleh letak kereta di bahagian basement PICC, parkir terbuka Universiti Heriot Watt dan parkir terbuka Taman Empangan.

Akhir sekali, korang boleh letakkan kereta di Kompleks E1 dan E2 Presint 1 yang terletak berhadapan Kompleks F.

Oh ya, bagi yang tinggal di luar Putrajaya, korang boleh menaiki tren KLIA transit ke Terminal Putrajaya Sentral dan nikmati diskaun khas sempena Hari Kemerdekaan.

tips hari merdeka

Dah parkir jauh, takkan nak jalan kaki kan?

Ini adalah jadual perkhidmatan bas shuttle untuk kemudahan korang. Bagi yang bawa keluarga, anak-anak pasti akan teruja menaiki bas dan melihat kemeriahan orang ramai menyambut merdeka. 

Untuk makluman, bas akan bergerak pada kekerapan setiap 10 minit pada waktu puncak iaitu antara 4 pagi hingga 8 pagi, serta 10.30 pagi hingga 2 petang.

Bagi di luar waktu puncak pula, bas akan bergerak setiap 30 minit pada 31 Ogos nanti. Lokasi yang bakal terlibat untuk ‘pick up’ ialah Terminal Putrajaya Sentral dan PICC manakala lokasi ‘drop off’ di Jalan Tun Abdul Razak, Kiblat Walk dan Belakang Istana Kehakiman di Presint 3.

Jadi tunggu apa lagi kan, terus set dengan keluarga dan kawan-kawan untuk sambutan nanti.

Jangan lupa follow tentatif dan tips yang min kongsikan kat atas, barulah korang tak lost nanti nak buat apa. Yang penting check juga waktu nak berkumpul untuk tengok bunga api. 

Jom!! Sama-sama semarakkan lagi Sambutan Ambang Kemerdekaan Kali ke-66 ini di sana.

Untuk sebarang maklumat lain, korang boleh semak sendiri di Facebook JWP

The post Teruja Nak Sambut Merdeka, Ni Tips Lari Dari Jem Masa Ambang Merdeka@KL & Hari Merdeka 30 & 31 Ogos appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*