Cantik-cantik Orangnya, Kenali Kaum Bashkir, Komuniti Islam Kedua Terbesar Rusia

kaum bashkir

Komuniti Islam Kedua Di Rusia, Kenali Kaum Bashkir

Ramadan merupakan antara bulan paling penting dalam kalendar Islam dan dinanti-nantikan seluruh umatnya setiap tahun. Dikenali sebagai bulan ibadah, Ramadan disambut meriah oleh lebih 1 bilion umat Islam di seluruh dunia.

Menariknya, sambutan bulan Ramadan ini bukan hanya berkisar tentang ibadah keagamaan semata-mata. Biasanya, beberapa budaya masyarakat tempatan turut diasimilasi dan menjadikan sambutan Ramadan bagi setiap lokasi berbeza-beza warnanya.

Susulan ketibaan bulan suci ini, pihak Kedutaan Rusia berkongsi berkenaan salah satu kumpulan etnik Islam kedua terbesar di negara tersebut, iaitu kaum Bashkir.

kaum bashkir rusia
Kredit: Facebook Embassy of the Russian Federation in Malaysia

Untuk makluman, jumlah populasi etnik ini di Rusia kini mencecah kira-kira 1.6 juta penduduk. Daripada jumlah tersebut, kaum Bashkir merangkumi 30 peratus daripada jumlah penduduk Bashkortostan.

Bashkortostan merupakan sebuah wilayah yang terletak di antara Sungai Volga dan kawasan pergunungan Ural.

Ibu kota bagi Bashkortostan adalah sebuah bandar yang dinamakan sebagai Ufa. Kaum Baskhir terdiri daripada penganut agama Islam Sunni.

Asal usul kaum Bashkir

Pada asalnya, kaum ini merupakan orang-orang yang berketurunan Turk dan menggunakan tulisan Turk Lama pada masa silam.

Ketika abad kesepuluh, mereka beralih kepada tulisan Arab kemudian dan pada 1929, abjad Bashkir diambil berdasarkan aksara Latin (yanalif).

Akhir sekali, tulisan berasaskan abjad bahasa Rusia mula diperkenalkan pada 1940. Bahasa Bashkir dibahagikan kepada beberapa dialek mengikut kawasan seperti timur, barat daya dan selatan wilayah tersebut.

Gaya hidup masyarakat Bashkir

Gaya hidup separa nomad yang diamalkan kaum Baskhir telah menyumbang ke arah pembenatukan budaya, tradisi dan gastronomi.

Antaranya, khemah tradisional yang dipanggil sebagai yurt. Walaupun khemah tersebut tidak lagi digunakan sebagai tempat tinggal, ia masih dapat dilihat semasa perayaan masyarakat Bashkir ‘Sabantuy’.

kaum bashkir rusia
Kredit: Facebook Embassy of the Russian Federation in Malaysia

Selain perayaan, yurt turut ditampilkan di beberapa muzium besar di wilayah Bashkortostan.

Yurt diperbuat daripada bulu, kayu dan kulit. Di bahagian bawahnya terdapat kekisi yang diikat dengan tali. Bahagian atasnya pula terdapat bulatan kayu untuk laluan asap dan cahaya.

Permaidani bersulam, tuala, pakaian keraian, barang kemas, peralatan memburu, kelengkapan kuda dan senjata digunakan untuk menghias bahagian dalam khemah tersebut.

kaum bashkir rusia
Kredit: Facebook Embassy of the Russian Federation in Malaysia

Manakala, pakaian tradisi Bashkir menggabungkan elemen perantau di padang rumput steppe bersama identiti suku kaum tempatan.

Biasanya, pakaian mereka akan dihiasi dengan corak-corak, perhiasan dan elemen kesukuan yang membawa kepada beberapa makna simbolik.

Bagi makanan tradisi pula, hidangannya kebanyakannya mengandungi daging kuda, sama ada daging kering ataupun direbus, daging kambing biri-biri, produk ternusu, beri kering dan bijirin kering.

Antara makanan tradisionalnya, kazy (sosej kuda), kaklangan-it (daging kering), ceri dalam mentega cair, korot (produk susu yang diperam mirip keju), eremsek (produk ternusu) dan ayran (sejenis minuman yogurt).

Kredit: Facebook Embassy of the Russian Federation in Malaysia

Semua hidangan tersebut akan disimpan dalam jangka masa yang panjang, walaupun ketika musim panas dan ia mudah dibawa ketika mengembara.

Manakala, minuman tradisi di Bashkortostan adalah koumiss, yang diperbuat dari susu kuda.

Madu merupakan kebanggan kaum Bashkir

Untuk makluman, kaum Bashkir sangat berbangga dengan madu keluaran mereka. Pembiakan lebah hutan telah berkembang pesat di wilayah Bashkortostan sejak zaman purba lagi.

Kini, Bashkortostan menduduki tempat pertama di Rusia dari segi jumlah koloni lebah, penghasilan madu pasaran dan kajian saintifik dalam industri lebah.

Kredit: Facebook Embassy of the Russian Federation in Malaysia

BACA: Pemuda Kongsi Beza Belajar Di UK Dengan Malaysia

Sumber: Embassy of the Russian Federation in Malaysia via Facebook

The post Cantik-cantik Orangnya, Kenali Kaum Bashkir, Komuniti Islam Kedua Terbesar Rusia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*