Cara Daftar OKU-Smile, Pengguna OKU Boleh Guna Servis Rapid Secara Percuma

OKU Smile

Cara Daftar OKU-Smile, Pengguna OKU Boleh Guna Servis Rapid Secara Percuma

Pengguna perkhidmatan awam Orang Kelainan Upaya (OKU) berpeluang untuk menggunakan mana-mana perkhidmatan pengangkutan awam di bawah kendalian Rapid secara percuma sekiranya mendaftar sebagai OKU Smile.

Berita gembira itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Syakir yang merupakan salah seorang pendaftar bagi OKU Smile.

Menurutnya, muat naik itu dibuat kerana inisiatif terbaru ini masih lagi tidak diketahui oleh orang ramai terutamanya golongan OKU seperti beliau.

“Saya ingin bagi satu info, jika anda, ahli keluarga atau sahabat anda merupakan seorang OKU, Insya-Allah, bermula 1 Februari pengunaan pengangkutan awam bawah seliaan Rapid KL akan menjadi percuma dengan mendaftar program OKU-smile di Pusat Khidmat Pelanggan, Stesen LRT Pasar Seni.

“Sebenarnya, pengunaan komuter, KTM Berhad juga percuma bagi OKU hanya dengan menunjukkan kad OKU di kaunter stesen.

“Kerajaan dah bagi peruntukan buat golongan OKU, gunakankah sebaiknya. Semoga bermanfaat. Sekali lagi, minta kongsikan kerana ramai golongan OKU yang tidak mengetahui tentang manfaat ini,” tulisnya menerusi perkongsian tersebut.

Dalam pada itu, menurut Rapid, pas OKU Smile tersebut ialah pas konsesi OKU yang diaktifkan pada Kad Konsesi OKU oleh Prasarana.

Inisiatif ini menyediakan perkhidmatan tumpangan percuma bagi individu OKU Malaysia yang berdaftar di semua jenis kereta api dan bas kendalian Prasarana mulai 1 Februari 2024.

Menurut Rapid lagi, inisiatif telah diumumkan secara rasmi pada 21 Disember oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Difahamkan, inisiatif itu adalah sejajar dengan agenda tanggungjawab sosial korporat Prasarana dan dijangka akan memberi manfaat kepada penumpang kurang upaya.

Pekhidmatan itu akan merangkumi perkhidmatan Rapid yang berada di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan, Pahang.

Bagaimana cara untuk mendaftar?

Untuk mendapatkan kad konsesi OKU baharu, anda boleh pergi ke Kaunter Pendaftaran Konsesi Rapid KL yang terletak di Hab Bas Pasar Seni.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan kad tersebut di satu lagi stesen iaitu Stesen MRT Conlay.

Bagi anda yang berada di Pulau Pinang, anda boleh kunjungi di mana-mana sahaja kiosk Rapid Penang. Manakala, mereka yang berada di Pahang, anda boleh dapatkannya di kaunter kad Hentian Bandar Kuantan.

Antara dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran adalah MyKad asal, kad JKM (OKU) asal untuk pengesahan serta bayaran tunai sebanyak RM5.00 sahaja.

OKU Smile
Kredit Rapid

Untuk mendapatkan maklumat lebih lengkap, anda boleh layari laman web rasmi Rapid bagi mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif berkenaan.

Sumber: Facebook/Ahmad Syakir

The post Cara Daftar OKU-Smile, Pengguna OKU Boleh Guna Servis Rapid Secara Percuma appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*