Dengar je dapat wang RM250,000, terus diserbu saudara mara nak pinjam duit

Manusia ini bila dengar bab duit, yang tak pernah bertanya khabar pun tiba-tiba datang mengaku rapat dengan keluarga.

Seorang perunding kewangan, Ky Tee berkongsi kisah bagaimana klien diserbu setelah mendapat wang tunai RM250,000 hasil pembiayaan semula atau ‘refinance’ rumah.

Pada awalnya duit tersebut mahu digunakan untuk pelaburan hartanah, tetapi disebabkan ada yang tidak tahu malu maka wang tersebut ‘terpaksa’ dipinjamkan.

“Klien ini beritahu ibu bapanya dia dapat wang tunai RM250,000 daripada ‘refinance’, mana dia tahu ibu bapa beritahu saudara-mara mereka.

“Maka ramai saudara-mara datang minta tolong untuk pinjam wang.

“Dia dah beri pinjam sebanyak RM15,000 kepada saudara-mara. Semalam dia dapat lagi panggilan daripada seorang anak saudara kata nak pinjam RM3,000 lagi,” katanya pada hantaran Facebook.

Ky Tee berkata, wang daripada pembiayaan semula rumah itu bukan dapat daripada keuntungan berniaga.

Malah klien terpaksa bayar ansuran secara bulanan, kini duit yang tinggal hanyalah RM230,000.

Jika anda berduit, tidak salah membantu mereka yang kesusahan namun bantulah mereka yang sebenarnya layak bukan yang hanya tahu berhutang.

 

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*