Cara Lembutkan Daging Beku, Kurang 10 Minit Dah Cair

tip lembutkan daging

 Cara Lembutkan Daging Beku, Kurang 10 Minit Dah Cair

Daging merah dan ayam perlu disimpan dengan cara yang betul agar ia dapat bertahan dalam tempoh yang lama.

Antara cara penyimpanan yang paling mudah adalah dengan menyimpan di bahagian sejuk beku dalam peti ais.

Kaedah ini mampu memelihara daging yang masih mentah untuk satu tempoh yang lebih lama.

Namun begitu, apabila daging atau ayam tadi sudah menjadi beku, anda akan berdepan kesukaran ketika memasak.

Daging yang sudah beku memerlukan tempoh yang agak lama untuk cair dan menjadi lembut semula.

Cara lembutkan daging beku kurang dari 10 minit

Selalunya, daging beku direndam di dalam air dan dibiarkan cair sendiri.

Walau bagaimanapun, kaedah ini menjadi pertikaian kerana mungkin boleh merosakkan daging. Jika termakan daging yang sudah rosak atau tercemar, ada risiko kesihatan yang menanti.

Oleh itu, bagaimanakah cara paling pantas untuk melembutkan daging?

Mudah sahaja. Kali ini SK bawakan perkongsian oleh seorang pengguna TikTok, @pakman3590 berkenaan cara untuk melembutkan daging beku dengan pantas.

Selain air, hanya dua bahan tambahan sahaja diperlukan iaitu cuka buatan dan garam halus atau kasar.

Tetapi bagaimana cara untuk melakukannya?

Pertama sekali rendam daging beku tadi dalam bekas yang berisi air. Kemudian tambah sedikit cuka buatan dan garam kasar atau halus ke dalam bekas berisi air tersebut.

Kredit TikTok

“Cara yang betul sebenarnya rendam dalam air. Lepastu masukkan sedikit cuka, lepastu masukkan garam kasar atau garam halus. Hangpa kacau-kacau dalam tuh sehingga bahan larut,” jelas Pakman.

Kredit TikTok

Tambah Pakman lagi, kaedah yang digunakan ini sangat membantu di mana daging beku akan menjadi lembut dengan mudah dalam tempoh kurang dari 10 minit.

“Biar lebih kurang dalam tujuh ke 10 minit, ha dah siap lah. Tak payah nak tunggu sampai berjam-jam. Aku dah try, memang sumpah lembut,” terang Pakman lagi.

Kredit TikTok

Perkongsian tip dari Pakman itu turut mendapat pelbagai komen dan reaksi daripada pengguna media sosial tersebut.

“Macam saya guna kaedah ni. Memang cepat,” tulis seorang netizen yang turut menggunakan kaedah lembutkan daging yang sama.

“Terima kasih atas perkongsian dan petua,” tulis seorang lagi netizen yang berterima kasih dengan perkongsian yang dilakukan oleh Pakman.

“Baru tahu, okay esok boleh cuba,” tulis seorang lagi yang baru mengetahui berkenaan tip tersebut.

Semoga perkongsian pada kali ini akan memberikan manfaat dan ilmu yang baharu kepada semua pembaca SK.

@pakman3590

Serius aku dah try.mmg cepat kaedah ni nak #lembutkandaging #tipsmemasak #tipsdapur#petua#garam#cuka#resepipakman #learnontiktok

♬ Funny Follies – DJ Bombompret

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: TikTok/@pakman3590

The post Cara Lembutkan Daging Beku, Kurang 10 Minit Dah Cair appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*