Cara Sekat Laman Web Yang Tak Senonoh Guna WiFi Di Rumah

Cara sekat laman web

Cara Sekat Laman Web Yang Tak Senonoh Guna WiFi Di Rumah

Seiring berjalannya waktu, kemajuan teknologi internet hari ini dilihat berkembang begitu pantas dan pesat.

Oleh itu, tidak dapat tidak, orang ramai perlu menjadi celik IT supaya tidak tersalah percaturan ketika menggunakan kemudahan tersebut.

Penggunaan internet yang tidak dikawal perlu diakui boleh mendatangkan masalah dan keburukan kepada pengguna, tidak kira siapa pun anda.

Lebih-lebih lagi jika anda sudah berkeluarga. Maka, semakin tinggilah keperluan untuk anda melakukan kawalan penggunaan internet dalam kalangan ahli keluarga sendiri.

Lambakan aplikasi dan laman web tidak senonoh menunggu masa sahaja untuk diteroka oleh anak-anak jika diberikan kebebasan melayari internet secara melampau.

Oleh itu, sebagai ibu bapa langkah mengawal penggunaan internet oleh anak-anak perlu dilakukan.

Namun begitu, bagaimana cara untuk kawal penggunaan internet tersebut?

Jangan risau, penulisan pada hari ini akan berkongsi cara mudah yang boleh ibu bapa lakukan untuk mengawal penggunaan internet oleh anak-anak.

Cara yang boleh dilakukan adalah dengan menyekat laman web atau aplikasi yang sering digunakan oleh anak-anak.

Perkongsian menarik ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @unifitanxy yang merupakan kakitangan Telekom Malaysia.

Menurut perkongsian tersebut, anda boleh melakukan sekatan dengan cara mengehadkan masa penggunaan gajet anak-anak.

Kaedah ini adalah untuk mereka yang memiliki sambungan internet WiFi di rumah yang menggunakan ‘router‘ jenis Dlink.

Menurut @unifitanxy, mula-mula anda perlu melakukan carian dengan menaip IP 192.168.0.1. pada web carian.

Kemudian anda akan dibawa ke paparan yang memerlukan kata laluan router anda dimasukkan.

Kata laluan itu ada tertera pada pelekat di belakang router WiFi anda.

“Apabila korang dah berjaya masuk dalam page, korang akan nampak macam ni tekan sekuriti dan sebelah kiri ada parental control.

Pada paparan berkenaan juga, terdapat tiga pilihan yang boleh dipilih untuk url yang dimasukkan.

Tiga pilihan itu adalah Always, Schedule dan Disable. Dalam video ini, @unifitanxy memilih tetapan Schedule jika ibu bapa mahu membuat jadual akses kepada laman web yang anak biasa layari, misalnya laman web permainan.

Menurut @unifitanxy, jika anda mahu melakukan sekatan sepenuhnya ke atas sesuatu laman web, anda boleh memilik tetapan Disable.

“Dekat sini aku ajar benda yang simple, schedule kan. Tak perlu masukkan main address anak kau.

“Korang hanya perlu masukkan url aplikasi yang korang nak tetapkan,” terang lelaki tersebut.

Selain itu, anda juga boleh tetapkan hari dan masa yang anda mahu hadkan untuk penggunaan internet oleh anak-anak anda.

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, anda boleh tonton video yang dikongsikan oleh @unifitanxy.

@unifitanxy

Cara sekat laman web yang tak sepatutnya..apps luar pun ada ,aku cuma cerita pasal apa yang router kat rumah korang boleh buat.. #unifikajang #daftarunifi #barubelajar #fypシ

♬ Lazy Sunday – Official Sound Studio

Diharap perkongsian pada kali ini dapat memberikan manfaat dan ilmu baharu kepada semua pembaca SK.

BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum

Sumber: TikTok/@unifitanxy

The post Cara Sekat Laman Web Yang Tak Senonoh Guna WiFi Di Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*