Dah Lusuh & Rosak, Ini Cara Nak Tukar Sijil Lahir Lama Kepada Yang Baru

tukar sijil lahir rosak

Dah Lusuh & Rosak, Ini Cara Nak Tukar Sijil Lahir Lama Kepada Yang Baru

Surat beranak atau sijil lahir merupakan dokumen pengenalan diri pertama yang kita ada sebagai rakyat Malaysia. Biasanya, sijil lahir diberikan selepas kelahiran kita didaftarkan oleh orang tua.

Dalam dokumen ini, terdapat pelbagai maklumat seperti tempat dan tarikh lahir serta maklumat berkenaan ibu bapa.

Sejak daripada kanak-kanak lagi, dokumen ini sangat penting, khususnya ketika menerima rawatan atau ketika hendak mendaftar di sekolah.

Ketika menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), pegawas peperiksaan akan memeriksa sama ada maklumat yang terdapat surat beranak sama dengan slip peperiksaan bagi mengelakkan sebarang unsur penipuan.

Sungguhpun penggunaan surat beranak semakin berkurangan apabila seseorang itu sudah memiliki Kad Pengenalan atau MyKad.

Cara tukar sijil lahir yang rosak kepada yang baru

Walau bagaimanapun, kepentingan surat beranak masih kekal lagi-lagi ketika kita hendak mendirikan rumah tangga. Dokumen-dokumen penting yang perlu disediakan ketika itu termasuklah surat beranak.

Oleh sebab itu, wajarlah kita untuk memastikan dokumen ini berada dalam keadaan baik bagi memudahkan urusan pada masa akan datang.

Dalam beberapa kes, surat beranak yang dimiliki adakalanya menjadi lusuh dan butiran yang tertera tidak lagi dapat dibaca. Lebih parah, ada surat beranak menjadi rosak akibat tenggelam dalam bencana alam atau sebagainya.

Letih tengok surat beranak sudah lusuh dimakan usia, tiba masanya untuk dapatkan surat beranak yang baru

Seorang pengguna Facebook, Mawarni Sani berkongsi prosedur penggantian surat beranak yang sudah lusuh kepada baru di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Caranya tidak rumit seperti yang semua sangka. Apa yang perlu dibawa ke JPN untuk proses penggantian adalah MyKad dan surat beranak itu sendiri.

Seterusnya, anda hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM5 sahaja di kaunter. Akan tetapi, diingatkan semula bahawa bayaran hanya diterima secara tanpa tunai (cashless).

Selepas membuat bayaran, anda perlu menunggu di ruangan menunggu buat seketika. Apabila nama anda telah dipanggil, anda boleh memungut surat beranak yang baru dicetak di kaunter.

Selain itu, Mawarni turut memberitahu bahawa kita boleh mewakilkan pasangan untuk mendapatkan surat beranak yang baru.

Prosesnya hampir sama cuma hanya terdapat sedikit perbezaan pada dokumen yang dibawa. Anda perlu membawa surat nikah, baik yang asli mahupun salinan.

Selain itu, anda perlu membawa salinan kad pengenalan wakil ke pejabat JPN yang berdekatan.

BACA: Ibu Sebak, Anak Bawa Kawan-kawan Datang Tempat Kerjanya, Buat Kejutan Sambut “Birthday”

Sumber: Mawarni Sani via Facebook

The post Dah Lusuh & Rosak, Ini Cara Nak Tukar Sijil Lahir Lama Kepada Yang Baru appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*