Cara Set Auto “Unlock” Semua Pintu Proton Saga Premium S Bila Matikan Enjin

Ciri Saga Premium S

Cara Set Auto “Unlock” Semua Pintu Proton Saga Premium S Bila Matikan Enjin

Hari ini, boleh dikatakan hampir setiap isi rumah di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta untuk kegunaan harian.

Kereta yang dibeli pula akan digunakan untuk pelbagai tujuan seperti untuk ke tempat kerja, keluar berjalan-jalan atau ke pasar membeli barang.

Seiring beredarnya waktu, kereta moden kini hadir dengan pelbagai teknologi canggih yang meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan fungsi kenderaan.

Tidak kira kereta buatan tempatan atau jenama antarabangsa, masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Misalnya, baru-baru ini seorang pengguna TikTok, @idham_kamil berkongsi satu ciri menarik yang ada pada Proton Saga Premium S yang mungkin ramai pemilik kenderaan tersebut sendiri tak tahu.

“Mungkin ada yang dah tahu dan ada yang belum tahu. Semoga bermanfaat. Jangan lupa like, komen dan share,” katanya.

Menurut Idham, Saga dihadirkan dengan fungsi lock dan unlock semua pintu kenderaan.

Namun begitu, fungsi tersebut boleh diakses dengan hanya melalui butang manual yang ada pada papan pemuka kenderaan.

Ini berbeza dengan sesetengah kereta lain, khususnya dalam segmen lebih mahal dimana pintu kereta kereta hadir dengan fungsi auto lock atau auto unlock.

Khusus buat kereta Saga Premium S

Khusus buat Saga Premiun S, Idham berkata pengguna sebenarnya boleh menetapkan fungsi auto unlock pada model berkenaan.

Katanya apabila sudah ditetapkan, fungsi auto unlock semua pintu kenderaan ini akan aktif sendiri setiap kali enjin kereta dimatikan.

Idham kemudian berkongsi langkah-langkah bagaimana mahu mengaktifkan fungsi auto unlock semua pintu tersebut.

“Korang kena hold button (butang lock & unlock pintu) ni sampai lima saat macam tu dan dia akan keluar double signal macam ni.

“Okay sekarang kita nak parking ke bila dah sampai rumah ke, kita sudah tidak perlu buka kunci secara manual lagi,” kongsi Idham.

Kata Idham, setakat ini dia tidak pasti sama ada tetapan berkenaan ada pada Proton Saga varian lain.

Pun begitu, pemilik Saga varian lain boleh mencuba sendiri dengan mengikuti langkah-langkah yang sama.

Anda juga boleh tonton video di bawah untuk melihat sendiri bagaimana Idham mengaktifkan fungsi tersebut.

BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum

@idham_kamil

Mungkin ad yang dah tahu dan ad yang belum tahu. Semoga bermanfaat. Jngn lupa like komen share 🫰🏻#CapCut #fypシ #sagavvt #sagavvtmalaysia

♬ Chill Vibes – Tollan Kim

Semoga bermanfaat.

Sumber: TikTok/@idham_kamil

The post Cara Set Auto “Unlock” Semua Pintu Proton Saga Premium S Bila Matikan Enjin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*