Maksud SSSS Pada “Boarding Pass”, Anda Patut Risau Jika Ada

ssss boarding pass

Maksud “SSSS” Pada Boarding Pass, Anda Patut Risau Jika Ada

Ramai pelancong mendapati bahawa pemeriksaan keselamatan di pintu masuk lapangan terbang sangat meremehkan.

Namun sebenarnya, ada situasi lain yang perlu anda risaukan sekiranya anda mendapat tanda khas pada pas pelepasan (boarding pass).

Tanda khas berupa empat huruf ini pastinya ditakuti oleh sesiapa sahaja, kerana ia menjadi petanda bahawa ada pemeriksaan keselamatan tambahan yang perlu anda lalui.

Empat huruf yang sangat digeruni itu adalah “SSSS”. Apakah yang dimaksudkan dengan empat huruf ini?

Maksud SSSS pada boarding pass

SSSS adalah Secondary Security Screening Selection atau Pemilihan Tapisan Keselamatan Tahap Kedua. Apabila pas pelepasan ditanda dengan empat huruf tersebut, bermakna anda adalah ‘insan terpilih’ yang perlu menjalani pemeriksaan keselamatan tambahan.

Apabila situasi ini berlaku, perjalanan anda mungkin tergendala dan boleh ‘terperangkap’ bersama pegawai keselamatan beberapa minit, jam atau lebih daripada itu.

SSSS diperkenalkan oleh Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) Amerika Syarikat bagi penerbangan keluar dan masuk daripada lapangan terbangnya. Ia dilaksanakan kepada semua jenis penerbangan sama ada penerbangan domestik mahupun antarabangsa.

Apabila pas pelepasan anda ditanda dengan SSSS, anda akan dialihkan daripada barisan menunggu oleh pegawai TSA untuk diperiksa dengan lebih terperinci.

Pemeriksaan ini termasuk pemeriksaan pada tubuh badan serta semua bagasi milik anda yang dibawa bersama. Barangan peribadi juga akan diperiksa secara manual oleh pegawai TSA.

Manakala gajet-gajet elektronik juga akan diperiksa dengan teliti dan bersedia untuk dirampas sekiranya mencurigakan. Anda juga boleh ditahan untuk menjalani proses pemeriksaan seterusnya.

Kenapa dapat kod SSSS ?

Situasi kod SSSS ini mungkin berlaku atas beberapa faktor tertentu, tetapi ia juga adakalanya dibuat secara rawak. Walau bagaimanapun, ramai yang diberikan kod SSSS ini kerana disyaki boleh memberikan ancaman keselamatan.

Antaranya memiliki rutin perjalanan udara yang meragukan seperti membeli tiket penerbangan sehala. Ia juga boleh diberikan jika penumpang terbang ke destinasi berisiko tinggi menurut agensi keselamatan Amerika Syarikat.

Selain itu, individu yang berada dalam senarai pengawasan juga akan ditanda dengan kod ini apabila mahu melakukan perjalanan udara. Butiran individu yang berada dalam pengawasan sememangnya sebahagian daripada pangkalan data yang dimiliki oleh TSA.

SSSS juga boleh diberikan jika anda berasal daripada ‘negara-negara tertentu’.

BACA: Musim Perayaan, Cuaca Panas Antara Punca Penggunaan Elektrik Meningkat – TNB

Sumber: Travel + Leisure

The post Maksud SSSS Pada “Boarding Pass”, Anda Patut Risau Jika Ada appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*