Cari Pekerja Di Malaysia, Apple Beri Bayangan Bakal Buka Stor Pertama Di Negara Ini?

Cari Pekerja Di Malaysia, Apple Beri Bayangan Bakal Buka Stor Pertama Di Negara Ini?

Apple Inc. didapati mula menawarkan peluang pekerjaan untuk diisi di Malaysia, berkemungkinan sebagai persediaan untuk membuka cawangan stor pertamanya di negara ini.

Antara peluang pekerjaan yang ditawarkan menerusi laman web rasminya termasukalah pengurus stor, pakar teknikal, pakar operasi dan staf-staf sokongan seperti jurujual.

Berdasarkan senarai pekerjaan yang ditawarkan, seolah-olah memberi petanda bahawa jawatan-jawatan kosong untuk diisi itu adalah di stor rasminya, bukan di lokasi kedai kedai-kedai pihak ketiga yang ada di Malaysia. Sebelum ini, Apple sudah pun mempunyai stor atas talian untuk pasaran negara ini.

Langkah yang diambil oleh Apple ini dijangka akan meningkatkan lagi kehadirannya di Asia Tenggara, dimana syarikat tersebut sudah pun mempunyai stor rasmi di Singapura dan Thailand.

Dalam pada masa yang sama, syarikat tersebut turut menyenaraikan senarai pekerjaan bagi lokasi stor pertamanya di India.

Namun begitu, jurucakap Apple enggan memberikan komen mengenai ura-ura ini, lapor South China Morning Post.

Sungguhpun senarai jawatan kosong tersebut tidak menyatakan lokasi kedai pertamanya di Malaysia, namun ada kemungkinan lokasi tersebut berada di Kuala Lumpur.

Untuk makluman, Apple tidak pernah melaporkan jumlah jualan tahunan mengikut negara-negara, tetapi syarikat tersebut berjaya menjana pendapatan lebih daripada US$29 bilion (RM123.72 bilion) menerusi segmen pasaran Asia-Pasifik, tidak termasuk China dan Jepun pada tahun lepas.

Apple mengembangkan rangkaian stornya bermula hampir 22 tahun lalu dan kini, syarikat tersebut sudah memiliki  lebih daripada 500 stor di seluruh dunia dan majoritinya terletak di Amerika Syarikat.

Kali terakhir syarikat tersebut menambah stor antarabangsanya adalah pada 2018 iaitu di Bangkok.

Sumber: South China Morning Post , Jobs Apple

The post Cari Pekerja Di Malaysia, Apple Beri Bayangan Bakal Buka Stor Pertama Di Negara Ini? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*