DITUDUH GUNA DUIT BAPA MENTUA BAYAR PEGUAM – INI RESPON PUTERI SARAH: “JIWA-JIWA NI TAK AMAN LAGI KE… SATU FAMILY NI DAH KENAPA?”

Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah menerusi perkongsian di Instagram Stories miliknya telah memuat naik paparan mesej dipercayai ahli keluarga Ira Kazar yang menggunakan nama Naem Kaza. Hantaran yang dimuat naik pelakon berusia 38 tahun itu telah menjadi perhatian.

Menerusi mesej tersebut, Naem mendakwa isteri pertama pengarah Syamsul Yusof itu tiada duit dan bukan orang kaya seperti disangka serta mendakwa bapa mentua pelakon itu, Datuk Yusof Haslam yang membayar kos guaman Puteri Sarah.

Sementara itu, menerusi satu lagi perkongsian, Puteri Sarah menafikan tuduhan bahawa bapa mentuanya yang membiayai kos guaman untuk menguruskan kesnya.

Jelas ibu kepada dua cahaya mata itu, dia yang sendirian susah payah bekerja keras untuk menuntut haknya sebagai isteri, namun ada pihak yang sewenangnya menuduh sedemikian.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut berkata, jika pihak keluarga Ira tidak berpuas hati boleh berbincang melalui peguam serta memberi amaran supaya tidak melanggar perintah injuksi.

“Kalau tak puas hati cakap dengan peguam saya. Mula-mula bapa, lepas tu kakak, ni abang pula. Lepas ni siapa pula yang nak keluar statement. Satu family ni dah kenapa?

“Dah dapat Shamsul duduk diam-diamlah. Dah kena injuction order masih tak boleh stop lagi? Korang nak apa sebenarnya?” antara petikan kata-kata Puteri Sarah dalam hantaran tersebut.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*