Catat Masa 10.25 Saat, Azeem Fahmi Tamatkan Saingan Di Tempat Ketujuh

Azeem Fahmi tempat ketujuh

Catat Masa 10.25 Saat, Azeem Fahmi Tamatkan Saingan Di Tempat Ketujuh

AUBURN —  Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi menamatkan saingan dalam acara akhir 100 meter (m) Kejuaraan Trek dan Padang SEC di tempat ketujuh di Louisiana awal pagi Ahad.

Memetik laporan Sinar Harian, pelari berusia 19 tahun itu mencatatkan masa 10.25 saat dalam acara berkenaan.

Bagaimanapun, dia yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu gagal mengulangi catatan masa 10.11 saat pada peringkat saringan semalam.

Jelas Azeem, pengalaman yang diperolehi dalam kejohanan yang disertai amatlah berharga. Setidaknya ia mampu melonjakkan semangat juangnya untuk melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.

BACA JUGA: Pelari Pecut Negara, Muhammad Azeem Remaja Keempat Terpantas Asia

“Minggu yang baik dengan pelari-pelari yang pantas. Salah satu proses pembelajaran,” tulisnya dalam satu hantaran di akaun Twitter rasmi.

Godson Oghenebrume, pelari dari Louisiana State University (LSU) berjaya mencatatkan masa 10.04 saat dalam acara akhir 100m itu sekaligus menjadi pelari terpantas.

Manakala tempat kedua diraih oleh rakan sepasukan Azeem, Favour Ash dengan rekod masa 10.08 saat. Tempat ketiga pula menjadi milik Dorian Camel setelah memperolehi catatan 10.19 saat.

Sebelum ini, pelari berusia 19 tahun itu berjaya meraih tempat ketiga sewaktu Perlumbaan East Coast yang berlangsung di Florida bulan lalu.

Matlamat utama jaguh pecut negara itu adalah melepasi catatan masa 10.00 saat bagi tahun ini. Ia bagi melayakkan diri ke Kejuaraan Dunia di Budapest, Hungary, Ogos kelak.

Raih Emas Acara 100 Meter Di Florida 

Pada Mac lalu, Azeem Fahmi mencuri tumpuan negara selepas terus mencipta sensasi di Bumi Amerika Syarikat setelah menjuarai acara 100 meter (m) pada Kejohanan Florida State University (FSU) Relays, lapor Bernama.

Azeem yang mewakili Universiti Auburn mudah meninggalkan sembilan pelari lain untuk meraih emas. Dalam kejohanan yang berlangsung di Mike Long Track di Tallahassee, Azeem berjaya mencatatkan masa 10.32 saat.

Tempat kedua dalam acara itu dimenangi oleh Andre Ewers dengan 10.49 saat. Manakala Trei Thorogood meraih kedudukan ketiga dengan catatan masa 10.51 saat.

Sumber: Sinar Harian

The post Catat Masa 10.25 Saat, Azeem Fahmi Tamatkan Saingan Di Tempat Ketujuh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*