Cedera Dalam Nahas Elmina, Klinik Sahkan Tak Buka Kutipan Derma Untuk Oyen

derma oyen nahas elmina

Cedera Dalam Nahas Elmina, Klinik Sahkan Tak Buka Kutipan Derma Untuk Oyen

Setakat ini, tiada sebarang tabung kutipan derma rasmi bagi seekor kucing oren atau Oyen, yang merupakan mangsa insiden nahas pesawat di Elmina, Shah Alam pada Khamis lepas.

Pihak klinik, Zul Erwan Veterinary Clinic yang ditugaskan untuk merawat kucing malang itu telah mengesahkan perkara tersebut.

Menerusi hantaran di akaun Instagram rasminya, klinik berkenaan telah memberi pengesahan mengenai perkara terbabit.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, klinik tidak ada membuka apa-apa bantuan derma atas nama Oyen.

“Jadi diminta berhati-hati jika ada sebarang bantuan (donation) atas nama Oyen,” menurut hantaran tersebut pada Isnin.

Pada masa yang sama pihak klinik juga memaklumkan bahawa pihaknya tidak membenarkan sesiapa mengambil Oyen untuk dipelihara. Hal ini disebabkan, Oyen merupakan seekor kucing yang bertuan.

“Klinik ada menerima banyak ‘Direct Message’ (DM) dan panggilan untuk mengambil membela Oyen (adopt).

“Di sini saya memaklumkan bahawa Oyen tidak dibuka untuk adoption kerana masih mempunyai tuan iaitu salah seorang team ambulan KKM (Kementerian Kesihatan) yang membawa Oyen,” katanya.

Pada akhir kapsyennya, pihaknya mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan mengambil berat mengenai kucing tersebut.

Selain itu, Zul Erwan Veterinary Clinic turut memaklumkan bahawa Oyen kini dalam keadaan baik dan stabil.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zulerwan (@zulerwan)

Oyen diselamatkan warga KKM dengan menggunakan ambulans

Sebelum ini, kucing jantan berbulu jingga itu dilaporkan telah diselamatkan pegawai KKM dan dihantar ke klinik dengan ambulans.

Ketika menaiki ambulans, gelagat Oyen diusap manusia turut dirakam dan dimuatnaik dalam akaun Instagram yang sama.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zulerwan (@zulerwan)

Video tersebut telah meraih perhatian warga maya dan menerima kira-kira 10k tanda likes dan 608 komen daripada pengguna Instagram yang lain.

Rata-rata, pengguna media sosial khususnya pencinta kucing merasa sedih atas apa yang menimpa kucing malang itu.

Berdasarkan beberapa hantaran gambar, Oyen mengalami luka di bahagian rusuk, dipercayai terkena serpihan semasa nahas. Kucing jenis Tabby ini dijangka memerlukan masa untuk sembuh.

BACA: Cara Buat Pes Cili, Bawang Kisar & Halia Kisar, Boleh Tahan Sampai Tiga Bulan

Sumber: zulerwan via Instagram

The post Cedera Dalam Nahas Elmina, Klinik Sahkan Tak Buka Kutipan Derma Untuk Oyen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*