Cedera Sewaktu Bersenam, Jennie BLACKPINK Dedah Bakal Tampil Pakai Pembalut Di Muka

Jennie BLACKPINK cedera

Cedera Sewaktu Bersenam, Jennie BLACKPINK Dedah Bakal Tampil Pakai Pembalut Di Muka

Menjelang konsert Born Pink di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini, salah seorang anggota kumpulan BLACKPINK, Jennie dilaporkan mengalami kecederaan ringan pada wajahnya ketika bersenam, lapor Astro Awani.

Kenyataan itu ditulis oleh Jennie di komuniti peminat Weverse dengan menjelaskan kecederaan mukanya dan meyakinkan peminat bahawa dia berada dalam keadaan baik.

“Semasa rehat singkat kami, saya menjaga kesihatan saya, makan dengan baik dan tidur dengan baik, tetapi saya tersadung sedikit semasa bersenam dan mengalami kecederaan kecil di bahagian muka.

Jennie BLACKPINK cedera

“Saya mahu pulih dengan cepat untuk tidak membuatkan Blink bimbang tetapi ia masih dalam proses penyembuhan jadi saya akan memakai pembalut di muka untuk sementara waktu,” kata Jennie sambil menjelaskan mengapa peminat akan melihatnya dengan pembalut di muka.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Memetik Astro Awani, kiriman dari Jennie itu dimuat naik pada hari yang sama dia bersama ahli kumpulannya yang lain berlepas ke Malaysia untuk konsert jelajah dunia Born Pink.

Konsert Born Pink di Kuala Lumpur

Semalam, peminat kumpulan BLACKPINK atau dikenali sebagai BLINK di Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menyambut ketibaan mereka.

Difahamkan, Jisoo dan Rosé tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), manakala Jennie dan Lisa pula tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.

Beberapa video yang menjadi tular di platform media sosial menunjukkan peminat kumpulan itu begitu teruja apabila melihat penyanyi kegemaran mereka meskipun ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa.

Kumpulan K-Pop itu bakal menggegarkan Kuala Lumpur dengan lagu pop rancak dan koreografi mantap mereka pada malam ini.

Selain di Kuala Lumpur, BLACKPINK juga akan menggegarkan beberapa negara jiran lain termasuk Singapura, Manila dan Jakarta.

Untuk makluman, ini merupakan kali kedua kumpulan K-pop itu mengadakan konsert di Malaysia.

Sebelum ini, mereka pernah membuat persembahan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2019, lapor Astro Awani.

Pada ketika itu, ia merupakan sebahagian konsert jelajah dunia In Your Area yang menutup tirai pada awal 2020 sebelum dunia dilanda dengan pandemik COVID-19.

Sumber: Astro Awani

The post Cedera Sewaktu Bersenam, Jennie BLACKPINK Dedah Bakal Tampil Pakai Pembalut Di Muka appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*