Cemas, Kakak Selamatkan Adik Hampir Mati Tercekik Ketulan Ais

kakak adik tercekik ais

Cemas, Kakak Selamatkan Adik Hampir Mati Tercekik Ketulan Ais

Baru-baru ini tular di media sosial, satu rakaman memaparkan seorang perempuan menyelamatkan nyawa adik lelakinya dengan melakukan teknik tekanan abdomen (heimlich maneuver) akibat tercekik ketulan ais.

Kejadian difahamkan berlaku di rumah mereka yang terletak di Changzhou di wilayah selatan Jiangsu, China.

Menerusi video itu, ia menunjukkan kanak-kanak tersebut sedang menjamu selera di ruang makan dan dia juga dilihat menuju ke bahagian dapur rumah.

Apabila kembali di meja makan, dia kelihatan seperti tidak selesa dan bertindak untuk mengambil botol minuman dengan harapan ia dapat membantu.

Pada waktu yang sama, kakaknya yang datang daripada bilik cuba untuk bergurau senda dengan kanak-kanak itu.

Namun, dia memberi reaksi yang berlawanan daripada kebiasaannya kerana tidak dapat menuturkan perkataan susulan tercekik ketulan ais.

Kredit: @what.s.up/TikTok

Kanak-kanak itu mula menunjukkan reaksi seperti terseksa tetapi tidak difahami oleh kakaknya dan hanya berfikir ia adalah tingkah laku normal.

BACA: Remaja Perempuan Tersangkut Pada Buaian Kanak-Kanak

Kakak tidak perasan adik tercekik

Kemudian, dia mula mengorak langkah menuju ke dapur akan tetapi langkahnya terbantut disebabkan adiknya mula melemparkan botol tersebut di lantai.

Sekiranya dilihat dalam video tersebut perempuan itu tidak perasan dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh adiknya.

Kanak-kanak itu berbuat demikian untuk menarik perhatian kakaknya supaya dapat membantu menyelamatkan nyawanya.

Dia mula memegang lehernya dan menunjukkan kepada kakaknya bahawa ada sesuatu yang tersekat di bahagian itu.

Kredit: @what.s.up/TikTok

Bimbang dan sedar dengan keadaan tersebut, perempuan itu dengan pantas melakukan tekanan abdomen membantu adiknya yang panik meludah keluar ketulan ais daripada mulutnya. 

Selepas beberapa kali teknik itu dilakukan, akhirnya ketulan ais itu keluar dari mulut budak lelaki tersebut dan nafas lega mula dihembuskan oleh mereka berdua.

Kredit: @what.s.up/TikTok

Budak lelaki itu akhirnya mengesahkan dia tidak lagi tercekik dan perkara itu membuatkan kakaknya berasa lega sambil menepuk-nepuk dadanya.

Video berdurasi 29 saat itu telah meraih perhatian orang ramai yang rata-ratanya kagum dengan tindakan yang dilakukan perempuan itu.

Warga maya turut menarik nafas lega kerana kakaknya berada di rumah ketika kejadian itu berlaku.

@what.s.up

Girl saved her little brother’s life by performing the Heimlich maneuver after he choked on an ice cube#fyp #foryou #fypシ゚viral #goviral #moments

♬ original sound – WHAT’S UP!

Sumber: @what.s.up/TikTok

BACA: Kenapa Cubaan Rampasan Kuasa Berlaku Di Rusia? Ini Yang Anda Perlu Tahu

The post Cemas, Kakak Selamatkan Adik Hampir Mati Tercekik Ketulan Ais appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*