Sambut Rombongan Pengantin Pakai Suar, Tetamu Teruja “Kenduri Ke Perang Ni”

sambut pengantin suar

Sambut Rombongan Pengantin Pakai Suar, Tetamu Teruja “Kenduri Ke Perang Ni”

Dalam konteks umum, suar biasanya digunakan untuk memberikan isyarat kepada manusia lain dari jarak yang jauh, terutamanya dalam situasi kecemasan.

Hal ini disebabkan, suar direka khas untuk menghasilkan asap yang berkepuk-kepuk bagi menarik perhatian orang di sekelilingnya.

Selain itu, peralatan ini turut direka agar menghasilkan asap yang berwarna warni. Warna yang berbeza ini antaranya untuk memudahkan kedudukan asar itu dikesan dari jauh. Warna ini juga menandakan asap yang dilihat itu adalah asap buatan daripada suar, bukannya asap atau kabus semula jadi.

Walaupun tujuan utama suar mungkin untuk digunakan ketika kecemasan atau dalam situasi perang, namun kegunaan suar hari ini telah dipelbagaikan.

Sambut rombongan pengantin pakai suar, lain dari yang lain

Selain dua situasi di atas, ada juga yang menggunakan suar untuk meraikan sesuatu, misalnya kemenangan di stadium. Ada juga yang membawa suar ketika turun ke jalan untuk melakukan demonstrasi.

Suar juga digunakan sebagai prop dalam industri penggambaran dan sebagainya. Malah, banyak video musik dan filem menggunakan suar untuk menghasilkan kesan khas tertentu.

Antaranya seperti video muzik bagi lagu kumpulan K-Pop, 2NE1 yang berjudul Come Back Home (2014). 

Manakala penggunaan suar ketika meraikan kemenangan adalah boleh disaksikan ketika sesebuah pasukan meraikan kejuaraan berprestij. Misalnya para peminat Manchester City dan Liverpool meraikan kejuaran Liga Juara-juara (UCL) pernah dimenangi mereka sebelum ini.

Penganjur kenduri kahwin tampil dengan kelainan, iringi tetamu dengan asap suar

Namun di Malaysia, situasinya lebih unik kerana siapa sangka suar akan digunakan untuk menyambut kehadiran tetamu.

Dalam sebuah video yang dimuatnaik menerusi akaun TikTok Yana Del Ray (@qmslyan4), wanita berkongsi rasa terkejut dan teruja apabila disambut dengan kepulan asap suar dari belah kiri dan kanan.

Menerusi klip yang berdurasi 12 saat itu, kita dapat melihat kepulan asap suar yang berwarna biru dan hijau ‘menyambut’ kehadiran tetamu ke dalam majlis berkenaan.

Menurut Yana, ini merupakan kali pertama dia menyaksikan perkara tersebut ketika menghadiri majlis kahwin.

First time (Ini kali pertama) disambut rombongan kenduri macam ini. Masuk ke alam bunian terus,” katanya menerusi ruangan komen.

Video berkenaan telah menarik perhatian warga maya, yang rata-rata terkesima dan terpukau dengan kejadian tersebut. Manakala seperti biasa, komen-komen yang ditinggalkan pula jarang menyecewakan.

Bagi kaum hawa mereka meluahkan rasa risau kalau-kalau warna asap suar itu boleh melekat pada pakaian yang dipakai.

sambut pengantin suar
Kredit: TikTok

Ada juga yang keliru, sama ada mereka menghadiri kenduri kahwin ataupun rombongan perang.

sambut pengantin suar
Kredit: TikTok

Secara keseluruhan, warga maya terhibur dengan kreativiti yang dimiliki untuk menyambut kehadiran rombongan pengantin.

@qmslyan4

Pestime disambut rombongan kenduri macamni😭🤣 masuk ke alam bunian terus😆

♬ original sound – Fasha_Ariana_Official – Fasha_Ariana_Official

BACA: Jika Lampu Minyak Mula Berkelip, Berapa KM Lagi Kereta Boleh Jalan? Ini Jawapannya

Sumber: @qmslyan4 via TikTok

The post Sambut Rombongan Pengantin Pakai Suar, Tetamu Teruja “Kenduri Ke Perang Ni” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*