Cemas, Wanita Dan Anaknya Berdepan Detik Cemas Selepas Hanyut Dibawa Arus Banjir Deras Di Turkiye

wanita dan anaknya hanyut di turkiye

Cemas, Wanita Dan Anaknya Berdepan Detik Cemas Selepas Hanyut Dibawa Arus Banjir Deras Di Turkiye

Sebuah video yang memaparkan detik cemas apabila seorang wanita dan anaknya dibawa arus deras banjir kilat di Turkiye menjadi tular di media sosial.

Video berdurasi 15 saat itu telah dimuat naik oleh wartawan bernama Chaudhary Parvev di akaun Twitter miliknya.

Berdasarkan perkongsian video tersebut, dapat dilihat seorang wanita yang memeluk erat anaknya sedang bergelut dengan arus deras air banjir kilat tersebut.

Wanita dan anaknya hanyut di turkiye

Mujur seorang lelaki yang berada berhampiran berjaya mencapai anaknya diikuti seorang lagi lelaki yang membantu wanita tersebut.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

Tindakan pantas kedua-dua lelaki tersebut wajar dipuji kerana telah berjaya membantu menyelamatkan dua mangsa yang sedang bergelut itu.

Menurut kapsyen muat naik video tersebut, insiden berkenaan dilaporkan berlaku di bandar Sanliurfa selatan Turkiye.

“Video dramatik dari Turkiye yang menunjukkan lelaki dilaporkan menyelamatkan ibu dan anaknya yang hanyut dalam banjir kilat,” tulis kapsyen muat naik tersebut.

Selepas Gempa dahsyat kini Turkiye dilanda banjir kilat

Terdahulu, Turkiye telah dilanda musibah gempa bumi yang dahsyat pada awal Februari yang lalu. Gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud telah berlaku pada 6 Februari yang lalu.

Ekoran gempa awal bulan lalu, berjuta-juta rakyat dilaporkan telah kehilangan tempat tinggal mereka. Lebih 50,000 telah terkorban akibat kemusnahan yang berterusan pada tragedi gempa yang pertama lalu.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Memetik Daily Mail, gempa bumi berukuran 5.5 magnitud telah melanda tengah Turkiye, selang beberapa hari selepas dua lagi gempa bumi melanda sempadan negara itu berhampiran Syria. Ia merupakan gempa bumi susulan yang berlaku selepas gempa kuat pada awal bulan lalu.

Pada 10.27 pagi waktu Turkiye, penggera telah dibunyikan oleh Pusat Seismologi Eropah-Mediteranean. Gempa dilaporkan berlaku di 40 kilometer selatan bandar Aksaray dan 18 kilometer timur laut Emirgazi dengan kekuatan 5.2 magnitud sedalam 10 kilometer.

Susulan dengan gempa itu, Naib Presiden Turkiye, Fuat Oktay telah menulis di Twitter miliknya bahawa pasukan sudah ‘berada di lapangan’ bagi menilai kerosakan yang berlaku. Tiada situasi negatif dilaporkan berlaku pada masa ini.

“Pasukan telah dikerahkan di kawasan gempa, kerja penilaian kerosakan sedang diteruskan. Tiada situasi negatif pada masa ini. Semoga Allah melindungi negara kita daripada segala jenis bencana,” tulis ciapan tersebut.

Sumber: Chaudhary Parvez via Twitter

The post Cemas, Wanita Dan Anaknya Berdepan Detik Cemas Selepas Hanyut Dibawa Arus Banjir Deras Di Turkiye appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*