CEO Boeing, Dave Calhoun Umum Akan Letak Jawatan

dave calhoun letak jawatan

CEO Boeing, Dave Calhoun Umum Akan Letak Jawatan

Beberapa orang atasan Boeing dilaporkan akan berundur daripada syarikat industri pembuatan pesawat itu susulan peningkatan terhadap insiden melibatkan isu keselamatan pesawat keluarannya.

Memetik AFP, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dave Calhoun akan menamatkan perjalanannya bersama Boeing pada akhir 2024.

Stan Deal iaitu Ketua Syarikat Penerbangan Komersial sejak 2019 pula akan meninggalkan syarikat berkenaan serta merta.

Manakala, pengerusi syarikat, Larry Kellner pula akan berundur selepas mesyuarat tahunan syarikat tersebut pada musim bunga ini.

Sehubungan itu, eksekutif Boeing, Stephanie Pope dijangka bakal menggantikan tempat Deal dan bekas CEO Qualcomm, Steve Mollenkopf akan memegang jawatan sebagai pengerusi baharu.

Perubahan ini berlaku selepas insiden yang melibatkan sebuah kapal terbang Boeing 737 MAX 9 milik Alaska Airlines pada Januari lepas.

Dalam insiden tersebut, salah satu pintu pesawat didapati telah tercabut ketika pesawat berkenaan sedang dalam perjalanan dari Portland, Oregon ke Ontario, California.

Calhoun telah menganggap insiden Alaska Airlines itu sebagai detik perubahan terbesar untuk syarikat dalam satu suratnya kepada pekerjanya.

Gambar: AFP

Beliau turut meramalkan bahawa gergasi jentera penerbangan itu bakal bangkit semula sebagai sebuah syarikat yang lebih baik.

Beberapa penganalisis menyambut baik tindakan itu, tetapi memberi amaran bahawa Boeing akan mengambil masa untuk melakukan perubahan.

Sementara itu, saham syarikat tersebut dilaporkan melonjak selepas pengumuman itu. Ia juga berikutan kritikan terhadap Boeing dan amalan pembuatan dan kawalan kualiti daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.

Keputusan ini telah mendapat pelbagai reaksi oleh banyak pihak

Perubahan tampuk kempimpinan ini telah dipuji Ketua Eksekutif Ryanair, Michael O’Learyas sebagai “sangat diperlukan”.

Hal ini kerana, syarikat penerbangan Ireland itu telah menangguhkan penghantaran pesawat baharu dan memberi kesan kepada syarikat lain.

Akan tetapi, pakar aeronatik bersama firma konsultan AIR, Michel Merluzeau menzahirkan rasa was-was atas tindakan ini.

Beliau berkata, walaupun terdapat keperluan untuk menukar tampuk kepimpinan, fokus sepatutnya diberikan pada peringkat kilang.

Susannah Streeter dari Hargreaves Lansdown pula berkata, sebahagian besar Boeing telah ditinggalkan tanpa kemudi.

Wanita itu turut menambah bahawa sesiapa yang dilantik sebagai CEO selepas ini memiliki tanggungjawab dan peranan yang sangat besar dari segi menggubal perubahan budaya dalam organisasi dan memulihkan kelayakan keselamatan syarikat.

BACA: Sayu, Ramai Yang Tak Beli Baju Raya, Rupa-rupanya Sebab Ni…

Sumber: France 24

The post CEO Boeing, Dave Calhoun Umum Akan Letak Jawatan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*