Penantian Lebih 30 Tahun Terbalas, Bell Ngasri Bolot Dua Anugerah Berprestij

bell ngasri dua anugerah

Penantian Lebih 30 Tahun Terbalas, Bell Ngasri Bolot Dua Anugerah Berprestij

Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri mencipta sejarah apabila berjaya membolot dua anugerah dalam satu majlis anugerah berprestij yang berlangsung hari ini.

Anugerah yang diterimanya adalah anugerah yang bersangkut paut dengan kerjayanya sebagai pelakon komedi dan pelawak. Manakala satu lagi anugerah adalah anugerah utama majlis tersebut.

Difahamkan, artis berbakat besar ini telah berkecumping dalam dunia seni sejak 1993 lagi, namun belum pernah memenangi apa-apa anugerah utama sebelum ini.

Walau bagaimanapun, dengan kejayaan merangkul dua anugerah pada malam ini, dapat disimpulkan segala keringat dan usahanya dalam industri selama 30 tahun terbalas.

Malah, kejayaan pelakon yang popular dengan watak Barkoba turut disenangi oleh para peminat dan warga maya.

 

 

BACA: “Persatuan Ibu Mengandung Pun Undi”, Sebak, Ramai Nak Tengok Bell Ngasri Menang Anugerah

Terdahulu, Bell Ngasri dalam temu ramah sebelum anugerah tersebut berlangsung berkata, dia menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa.

“Saya tak fikir apa-apa nak enjoy sahaja. Suasana nak naik karpet merah ini pun sepanjang hidup saya kalau datang sebagai artis pun selalu lalu belakang. Tahu tahu dah masuk dalam.

“Tapi mereka suruh saya jalan juga di karpet merah maka saya turutkan sahaja,” katanya ketika ditemubual Astro Gempak.

Dalam pada itu, Bell juga turut menjelaskan pakaian yang dikenakan pada malam anugerah tersebut bertemakan watak Barkoba.

“Saya memang sengaja pakai gaya Barkoba ni sebab saya tahu rakyat Malaysia suka sangat dengan Barkoba.

“Jadi saya pakai kerana sayangkan mereka dan juga Barkoba, ini pendapat saya lah,” jelasnya.

Sejak namanya tercalon dalam senarai Top 5 kedua-dua anugerah berkenaan, rakyat Malaysia tidak henti-henti menyatakan sokongan masing-masing dan mendoakan kejayaan menjadi milik Bell.

BACA: Bell Ngasri ‘Berkempen’, Ajak Pelajar Turun Undi Anugerah

Sumber: Astro Gempak & Twitter Orang Ramai

The post Penantian Lebih 30 Tahun Terbalas, Bell Ngasri Bolot Dua Anugerah Berprestij appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*