“Cerita Melayu Dah Upgrade”, Ramai Puji Pelakon Drama Ni Lancar Cakap Jepun, Nampak Semulajadi

Sejak ada Internet, hiburan hanya di hujung jari. Taip sahaja tajuk filem atau drama yang ingin ditonton, puluhan platform akan terpampang baik dari dalam mahupun luar negara. Penonton pun makin mudah untuk menilai dan membuat perbandingan antara kualiti filem-filem tempatan dengan karya antarabangsa. 

Malah, ada yang beranggapan drama lokal lebih ‘cliche’ dan kurang berkualiti berbanding drama luar negara. Pun begitu, sejak adanya platform penstriman seperti Viu, orang ramai kini boleh menonton pelbagai drama tempatan yang lebih berkualiti dengan jalan cerita yang lari dari kebiasaan seperti Keluarga Baha Don, Nenek Bongkok Tiga dan Alter Naratif.

Terbaru, drama From Saga With Love mendapat respon positif daripada penonton, termasuk sebahagian mereka yang pada awalnya ‘skeptikal’ dengan drama lokal.

“Dah lama tak tengok drama tempatan, tapi yang ni I tak boleh tahan”

Hasil tinjauan di laman Instagram, ramai yang bersetuju drama ini mempunyai standard tersendiri. Malah, produksi telah memilih barisan pelakon yang sesuai dan tidak kekok dengan watak masing-masing. 

Lakonan Ikmal Amry bertutur bahasa Jepun dalam drama ini juga mendapat pujian netizen yang menyifatkan kemahirannya tampak semulajadi.

Tak kurang juga, ada yang menyamakan drama ini dengan Istanbul Aku Datang lakonan Beto Khusyairi dengan Lisa Surihani suatu ketika dulu. 

Best sangat ke drama ni?

Bagi min yang bukan kaki drama, min approve cerita ni. Tengok trailer pun boleh tersenyum sendiri. Kalau korang macam min, tak suka tertunggu-tunggu setiap episod drama, jangan risau. Cerita From Saga With Love ni hanya ada 10 episod, dengan 30 minit setiap episod. Silap haribulan korang yang tak puas tengok nanti.

Malah, 2 episod terakhir iaitu episod 9 dan 10 akan disiarkan pada 19 Oktober ni di Viu. Jadi korang boleh terus marathon sekali harung, tak perlu lagi tertunggu-tunggu tiap minggu.

Masuk bab pelakon, min salute pada Ikmal Amry sebab cara dia bertutur Jepun memang nampak real, tak kekok mahupun ‘cringe’. Dan watak Siti Khadijah pula sangat menjadi dan tak kayu walaupun seorang pelakon baru. Min suka sebab Siti Khadijah ni sejenis yang tak cover, memang all out dan nampak kelam kabut dia tu. 

Sophia al-Barakbah dan Fimie Don pula memang min tak perlu cerita lebih lah, sebab bakat masing-masing tak dapat dinafikan lagi.

Jadi korang yang dah lama ‘tawar hati’ dengan drama Melayu, boleh lah cuba dulu tengok From Saga With Love. Mungkin drama ni berjaya buat korang terhibur dan ubah persepsi korang untuk beri peluang kedua kepada drama tempatan.

Kalau korang peminat drama romantik komedi, ada satu lagi drama bonus min nak share. Twinkling Watermelon, kisah tentang seorang remaja lelaki, Eun Gyeol yang merupakan anak kepada pasangan pekak dan bisu.

Eun Gyeol meminati muzik, tapi dihalang oleh si ayah hingga berlaku konflik antara mereka. 

Tak lama lepas tu, Eun Gyeol tersesat di zaman 1995, di mana dia jumpa versi ayah dan ibunya yang masih muda. Macam mana dia boleh tersesat ke alam tu, korang kena tengok la sendiri. Masa tu baru dia tahu si ayah dan ibunya dahulu tidak pekak dan bisu. 

Dan masa tu juga dia baru sedar ibunya bukan cinta pertama si ayah. Yang buat min terhibur bila dia bersungguh nak satukan si ayah dengan ibunya sampai pelik si lelaki tu.

Iyelah, korang bayangkan ada sorang budak sebaya korang, panggil korang appa, pastu bising-bising suruh korang bercinta dengan orang yang kau tak pernah kenal pun. Buang tabiat agaknya budak ni.

Apapun cerita ni memang best. Rating kat IMDB pun 8.9/10, yang mana memang tinggi lah dan selalunya tak mengecewakan.

 

Kat mana nak tengok cerita-cerita ni? Nah, buka je Viu. Boleh tengok free, tapi kena hadap iklan lah. Taknak iklan, subscribe je RM14.90 sebulan. Puas hati.

The post “Cerita Melayu Dah Upgrade”, Ramai Puji Pelakon Drama Ni Lancar Cakap Jepun, Nampak Semulajadi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*