Artis Persis Seniman P.Ramlee, Fairuz Misran Meninggal Dunia 38 Taun

fairuz misran p.Ramlee meninggal dunia

Artis Persis Seniman P.Ramlee, Fairuz Misran Meninggal Dunia Pada 38 Tahun

Artis yang dikenali dengan wajah persis seniman legenda P.Ramlee, Fairuz Misran dilaporkan meninggal dunia pada tengah hari tadi.

Berita duka tersebut telah disampaikan menerusi abangnya. Ruzaidi Misran menerusi hantaran Facebook hari ini.

“Innalillahiwainnahirojiun..

“Menerima perkhabaran sedih bahawa adik yang disayangi Fairuz Misran telah kembali ke Rahmatullah baru sebentar tadi.”

Difahamkan, arwah telah menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 38 tahun.

Pada akhir hantarannya, Ruzaidi meminta orang ramai untuk mendoakan dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada arwah adiknya.

“Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan Alfatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.”

Allahyarham Fairuz Misran mula dikenali ramai apabila wajah dan suaranya seakan seniman agung Tan Sri P.Ramlee. Arwah juga pernah memenangi beberapa pertandingan nyanyian bertemakan P.Ramlee.

Berita lanjut bakal menyusul

Sumber: Ruzaidi Misran via Facebook

BACA: Elak Kemalangan, Ketahui Fungsi Garisan Di Lebuhraya & Cara Tukar Lorong Dengan Betul

The post Artis Persis Seniman P.Ramlee, Fairuz Misran Meninggal Dunia 38 Taun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*