Cinta Berputik Semula, Pasangan Nekad Kahwin Semula Selepas Enam Tahun Bercerai

kahwin semula enam tahun bercerai

Cinta Berputik Semula, Pasangan Nekad Kahwin Semula Selepas Enam Tahun Bercerai

Jodoh adalah suatu rahsia yang tidak ada seorang manusia pun yang tahu berkenaannya.

Ada kalanya, jodoh ini boleh datang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Ada orang yang jodohnya panjang, dan ada pula yang jodohnya singkat.

Meskipun seseorang itu telah menjalinkan hubungan begitu lama sekali pun, ia tidak menjamin bahawa perhubungan itu akan terus berkekalan.

Bahkan, ada pula yang telah lama terputus hubungan boleh berakhir dengan kebahagiaan.

Perkara itu telah dibuktikan dan terjadi kepada pasangan dari Temanggung, Jawa Barat, Indonesia ini.

Menurut Liputan 6, pasangan ini dikatakan pernah bercerai pada sebelum ini.

Dalam satu video TikTok yang dikongsikan, difahamkan bahawa pasangan ini kembali berkahwin selepas bercerai 6 tahun lalu.

Perkara tersebut secara tidak langsung turut mendapat perhatian dan menjadi bualan netizen.

Dalam video itu juga turut dapat dilihat bahawa pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan mereka dengan penuh meriah sambil dihadiri oleh anak-anak mereka.

Pengantin wanita tersebut juga turut menerangkan bahawa perkahwinan tersebut adalah yang kedua dilakukan bersama si suami.

Turut dijelaskan dalam video tersebut bahawa kedua-duanya pernah berkahwin namun bercerai 6 tahun lalu.

Meskipun telah bercerai, kedua-duanya akhirnya memutuskan untuk berkahwin semula.

“Kedua-dua mereka sudah berpisah selama 6 tahun. Lalu rujuk kembali. Lepas itu kahwin terus. Kalau dah jodoh tak ke mana,” tulis keterangan dalam video tersebut.

@caplin_shoot

6 tahun pisah rujuk lagi , namanya juga jodoh🥰 #weddingtiktok #temanggung #fyp #fypシ #temanggungpride #preweddingkeren #temanggunghits #temanggungbersenyum #temanggunggandem #preweddingstyle #fotograferbarbar #caplinshoot

♬ suara asli – fotografer_barbar – fotografer_barbar

Sumber: Liputan6

The post Cinta Berputik Semula, Pasangan Nekad Kahwin Semula Selepas Enam Tahun Bercerai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*