Kes COVID-19 Mendadak: KKM Harap Situasi Ini Dilalui Tanpa Ulangi Sekatan Seperti PKP – Dr Dzulkifli

kes covid-19 mendadak

Kes COVID-19 Mendadak: KKM Harap Situasi Ini Dilalui Tanpa Ulangi Sekatan Seperti PKP – Dr Dzulkifli

Kementerian Kesihatan (KKM) berharap negara tidak mengulangi sekatan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun sedang menghadapi peningkatan COVID-19 yang mendadak kini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan pada 10 hingga 16 Disember lalu, jangkitan COVID-19 menyaksikan peningkatan kepada 20,696 kes.

“Malaysia kini sedang menghadapi lonjakan kes COVID-19 yang mendadak. KKM berharap dapat dilalui tanpa perlu mengulangi sekatan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku pada awal pandemik dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas KKM di Putrajaya berhubung situasi COVID-19 negara ini hari ini.

Dalam pada itu, KKM turut menyatakan tentang lima strategi menghadapi lonjakan kes COVID-19 akan datang.

“Bagi menghadapi lonjakan kes pada ketika ini KKM telah memperkukuhkan plan melalui lima strategi, iaitu pengesanan awal melalui Sistem Amaran Awal, pemerkasaan komuniti melalui amalan TRIIS, pengurusan dan kawalan kes, pemekasaan komuniti melalui komunikasi risiko yang berkesan dan pendigitalan sistem penjagaan kesihatan,” katanya lagi.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Kementerian Kesihatan/Facebook

The post Kes COVID-19 Mendadak: KKM Harap Situasi Ini Dilalui Tanpa Ulangi Sekatan Seperti PKP – Dr Dzulkifli appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*