Cipta Sejarah, Nouhaila Benzina Pemain Berhijab Pertama Beraksi Di Piala Dunia Wanita FIFA

Nouhaila benzina piala dunia wanita

Cipta Sejarah, Nouhaila Benzina Pemain Berhijab Pertama Beraksi Di Piala Dunia Wanita FIFA

Pemain Pertahanan Maghribi, Nouhaila Benzina mencipta sejarah dalam arena bola sepak dunia apabila menjadi pemain wanita pertama yang memakai hijab sewaktu FIFA Piala Dunia (Wanita), lapor Fox Sport.

Nouhaila mencuri perhatian ramai apabila dia tampil dalam skuad kebangsaan negaranya sewaktu menentang Korea Selatan di Stadium Hindmarsh Adelaide, semalam.

Pemain bola yang beragama Islam itu memakai pakaian serba putih (jersi kebangsaan Maghribi).

Gambar: AFP

Difahamkan, dalam perlawanan pertama kumpulan H, pemain berusia 25 tahun itu tidak diturunkan dalam pasukannya sewaktu mereka tewas 0-6 kepada Jerman pada 24 Julai.

Walau bagaimanapun, Ketua Jurulatih Maghribi, Reynald Pedros, melakukan rombakan dengan memasukkan Nouhaila bagi memburu kemenangan dalam perlawanan kedua.

Pasukan dari Timur Tengah itu akhirnya berjaya mengumpul tiga mata apabila Nouhaila membantu Maghribi menewaskan pasukan Korea Selatan 1-0.

Gol tunggal perlawanan terhasil pada minit ke-6 perlawanan menerusi Ibtissam Jraidi menanduk masuk gol.

Kemenangan tersebut membolehkan Maghribi menduduki tangga ketiga dalam kumpulan H. Kumpulan tersebut kini diterajui oleh Jerman dan Colombia masing-masing di tempat pertama dan kedua dengan mengumpul tiga mata.

Gambar: Twitter FIFA Women’s World Cup

BACA JUGA: Tujuh Pemain Terbaik Pernah Sarung Jersi Nombor Ikonik 7

Manakala Korea Selatan menduduki tangga terakhir selepas dua kekalahan tanpa sebarang mata terkumpul.

Untuk makluman, Maghribi menjadi negara Arab pertama yang berjaya layak dalam kejohanan FIFA Piala Dunia Wanita di Australia.

Pemakaian Hijab Dalam Bola Sepak

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, isu pemakaian hijab menjadi topik hangat yang sering dibincangkan.

Lebih-lebih lagi, pemakaianya juga telah diharamkan dalam bola sepak Perancis.

Selain itu, di Kanada, seorang pemain bola sepak bertudung telah disabitkan dengan tindakan undang-undang selepas dibenarkan bermain hingga menarik perhatian antarabangsa.

Nouhaila bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen tentang perkara itu sejak tiba di Australia meskipun berita mengenainya tersebar luas sejak di bangku simpanan dalam perlawanan pertama Maghribi baru-baru ini.

Dalam kejohanan tersebut, Maghribi merupakan pasukan paling tercorot dari segi ranking dengan berada di kedudukan 72 dunia.

Pun begitu, ia tidak mematahkan semangat pasukan itu untuk layak ke peringkat seterusnya.

Sumber: Fox Sport

The post Cipta Sejarah, Nouhaila Benzina Pemain Berhijab Pertama Beraksi Di Piala Dunia Wanita FIFA appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*