Keluarga Rayu Pengguna Media Sosial Padam Video Kemalangan

keluarga rayu padam video kemalangan

Keluarga Rayu Pengguna Media Sosial Padam Video Kemalangan

IPOH, 18 Dis (Bernama) — Keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie merayu kepada pengguna media sosial supaya memadamkan video serta foto berhubung insiden kemalangan yang meragut nyawa Allahyarham berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di sini, 15 Dis lepas.

Abang mangsa Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, berkata penularan video itu secara berterusan akan mengganggu serta meruntun emosi keluarganya.

“Apabila kami menonton kembali video kemalangan arwah di media sosial, ia akan mengembalikan ingatan kami kepada insiden berkenaan.

“Jadi, kami merayu supaya atas dasar sesama manusia supaya video serta foto berkenaan insiden arwah itu dipadam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Johari Kassim di kediamannya di Taman Chepor Sentosa di sini, hari ini.

Zairul Fitri berkata keluarganya juga berasa amat terharu dengan sokongan serta solidariti yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kepada mereka khususnya berkaitan insiden terbabit.

BACA JUGA: Penyanyi Veteran, Datuk M Daud Kilau Meninggal Dunia

“Terima kasih banyak-banyak atas sokongan itu, dan saya tahu ramai yang mendoakan adik saya. Saya cuma minta keadilan dan ketelusan terhadap proses siasatan (pendakwaan) yang dijalankan,” ujarnya lagi.

Selain itu, beliau berkata pelantikan lapan timbalan pendakwa raya bagi mengendalikan kes kematian adiknya itu juga memberi keyakinan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Terdahulu seorang pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh Muhammad Zaharif dalam insiden kemalangan yang berlaku.

Tertuduh yang menjawat jawatan DSP dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: BERNAMA

The post Keluarga Rayu Pengguna Media Sosial Padam Video Kemalangan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*