COVID: 60,000 Kematian Dilaporkan Di China Lebih Sebulan – Laporan

60000 kematian covid di China

China melaporkan 60,000 kematian berkaitan Covid dalam masa lebih sebulan selepas negara itu menghentikan dasar sifar Covid sebelum ini, lapor BBC.

Bagaimanapun, China dikatakan kurang mengemas kini jumlah kematian walaupun terdapat bukti tindakan pihak hospital dan krematorium (tempat membakar mayat) telah dijalankan.

Menurut sumber, China merekodkan 59,938 kematian dari 8 Disember lepas hingga 12 Januari yang melibatkan golongan yang berusia 80 tahun serta yang mempunyai penyakit asal (latar belakang berpenyakit).

Angka itu termasuklah 5,503 kematian disebabkan kegagalan bernafas secara langsung akibat virus tersebut dan 54,435 pesakit yang memang berpenyakit dan menghidap Covid.

Justeru, angka itu telah menunjukkan jumlah sebenar atau mungkin lebih tinggi kerana ia hanya merujuk kematian yang direkodkan di hospital perubatan sahaja.

60000 kematian covid di China
Kredit: Kevin Frayer

Sementara itu, bulan lalu, Beijing dikatakan telah mengubah cara mengkategorikan kematian Covid iaitu hanya mengira jumlah kematian akibat kegagalan pernafasan secara langsung oleh wabak tersebut.

Disebabkan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengkritik konsep kategori tersebut dengan menyifatkannya sebagai terlalu ‘sempit’ (tidak adil).

Malah, Beijing menegaskan bahawa angka direkodkannya adalah tepat dan menyeru campur tangan WHO untuk ‘selaraskannya’ dengan konsep saintifik, objektif dan adil.

Berbalik kepada angka Covid, kerajaan mengatakan bahawa kemuncak pesakit dimasukkan ke hospital dengan tahap Covid yang teruk adalah pada awal Januari dan jumlahnya itu semakin meningkat.

Justeru, mereka akan terus memantau keadaan di luar bandar dan memberi tumpuan kepada pengesanan awal serta mengutamakan rawatan kepada golongan yang paling terdedah.

Sumber: BBC

The post COVID: 60,000 Kematian Dilaporkan Di China Lebih Sebulan – Laporan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*