Cuaca Panas Melampau, Ketahui Tanda-Tanda Awal Strok Haba

tanda-tanda strok haba

Cuaca Panas Melampau, Ketahui Tanda-Tanda Awal Strok Haba

Seperti yang diketahui, Malaysia merupakan sebuah negara yang beriklim tropika. Terletak pada garisan Khatulistiwa, cuaca hujan dan panas sudah menjadi kebiasaan.

Selepas musim tengkujuh, kebiasaannya negara akan mengalami musim kemarau dengan suhu yang agak tinggi.

Walau bagaimanapun. baru-baru ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan notis cuaca panas pada tahap berjaga-jaga di beberapa kawasan di semenanjung.

Berikutan itu, ia boleh mengundang kesan berbahaya kepada kesihatan orang ramai jika sering terdedah kepada cuaca panas. Antara yang menjadi kebimbangan adalah apabila berlakunya strok haba.

Namun, apa sebenarnya strok haba dan apakah tanda-tandanya?

Bagi mereka yang kurang jelas dengan perkara itu, mari kita ikuti perkongsian di bawah.

Apakah itu strok haba?

Gambar: Hello Doktor

Strok haba atau dikenali sebagai “Heat Stroke” berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal. Badan akan mengalami kenaikan suhu mendadak selain turut mengalami kegagalan berpeluh.

Suhu badan individu yang mengalami strok haba selalunya akan naik sehingga 41 darjah Celsius atau lebih dalam masa 10 hingga 15 minit. Malah, strok haba sekiranya tidak dapat dikawal boleh menyebabkan kematian atau hilang keupayaan kekal.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat beberapa simptom atau tanda-tanda awal strok haba.

Antaranya termasuklah kerap sakit kepala, mudah hilang fokus, lidah menjadi bengkak, suhu badan melebihi 39 darjah Celsius, nadi berdenyut, tekanan darah rendah, badan lesu dan kerap pengsan, badan tidak berpeluh dan kulit kemerah-merahan.

Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia

Apa Tindakan Yang perlu Dilakukan Sekiranya Terkena Strok Haba?

Langkah yang pertama, hubungi bantuan perubatan.

Sewaktu ambulans dalam perjalanan, anda atau individu yang terkena strok haba perlu menjauhkan diri dari sumber haba. Sebagai contoh, sekiranya terdedah dengan cahaya matahari, alihkan mangsa ke kawasan teduh atau di dalam rumah.

BACA JUGA: Lelaki Kesal, Jiran Bina Tembok Setinggi 2 Meter Halang Jalan Keluar

Bagi mengurangkan suhu badan mangsa, anda boleh lap mangsa menggunakan air sejuk dengan kain tuala. Selain itu, kipas atau pek ais juga boleh diletakkan ke kawasan badan seperti leher, lipatan peha dan ketiak.

Langkah ini sekurang-kurangnya dapat menurunkan suhu badan mangsa dengan serta-merta.

Langkah yang kedua, periksa isyarat penting. Ia bagi memastikan mangsa masih dalam keadaan sedar. Anda boleh memberikan minuman sejuk dan elakkan minuman beralkohol atau produk yang mengandungi kafein.

Bagaimanapun, sekiranya mangsa tidak sedarkan diri, lakukan bantuan pernafasan atau CPR.

Langkah Elakkan Diri Daripada Terkena Strok Haba

Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia

Pertama, pilih pakaian yang sesuai mengikut keadaan. Pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar lebih digalakkan. Hal ini kerana pakaian yang ketat menghalang badan anda untuk berpeluh dan tidak menyejukkan badan dengan betul.

Kedua, elakkan diri daripada terkena cahaya matahari secara langsung dan lebihkan waktu di dalam rumah berbanding aktiviti luar.

Anda boleh menggunakan krim pelindung matahari yang sesuai dengan SPF sekiranya keluar ke mana-mana kawasan terdedah dengan matahari. Gunakan ia setiap dua jam sewaktu terdedah dengan matahari.

Ketiga, kekal hidrasi dengan minum air yang secukupnya bagi menggantikan badan yang kehilangan air. Langkah ini juga dapat membantu mengekalkan suhu normal badan anda.

BACA JUGA: Cuaca Panas: Enam Kawasan Di Semenanjung Berada Pada Tahap Berjaga-Jaga

Seterusnya, elakkan berada di dalam kenderaan yang tidak dihidupkan enjin dan sistem udara yang tertutup. Hal ini kerana, suhu kereta boleh naik sehingga 7 darjah Celsius dalam masa 10 minit.

Selain itu, kurangkan minuman yang berkafein, alkohol dan gula. Sebaliknya banyakkan minum air mineral.

Yang keenam, pakai topi atau sediakan payung ketika keluar ke kawasan yang terdedah dengan sinaran matahari secara langsung. Ia bagi melindungi pancaran haba terkena secara terus pada badan.

Gunakan alatan penyejuk seperti kipas angin atau penghawa dingin bagi menyejukkan badan.

Yang terakhir, pastikan badan anda dapat membiasakan diri dengan cuaca panas. Cara yang perlu anda lakukan adalah dengan mengehadkan waktu terdedah bawah cahaya matahari.

Sumber: Hello Doktor,  Kementerian Kesihatan Malaysia (1),(2)

The post Cuaca Panas Melampau, Ketahui Tanda-Tanda Awal Strok Haba appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*