Cuaca Sejuk Landa Afghanistan, Sekurang-Kurangnya 24 Orang Dilapor Maut

KABUL – Sekurang-kurangnya 24 orang dilapor maut ekoran musim sejuk yang melanda negara Afghanistan, khususnya di wilayah utara negara berkenaan.

Memetik laporan Anadolu Agency, mangsa di barat laut wilayah Badgis melibatkan seorang dewasa dan empat kanak-kanak.

Manakala empat orang di barat Herat, lima orang di tenggara wilayah Khost dan 10 orang di wilayah utara iaitu lima di Baghlan, dua di Faryab, dua di Jowzjan serta seorang mangsa di Sar-e Pol.

Difahamkan, rakyat di negara tersebut meninggal dunia akibat cuaca sejuk yang melampau selain mendapat penyakit yang berpunca daripada cuaca tersebut.

Dalam pada itu, ratusan penduduk yang terjejas telah dibawa ke hospital setelah diserang penyakit hipotermia manakala ribuan haiwan dilapor mati dalam cuaca sejuk yang melanda negara itu.

Selain itu, sebilangan besar rakyat Afghanistan yang berpendapatan rendah dipercayai tidak mampu membeli kayu dan arang batu sewaktu musim sejuk kerana kurang berkemampuan khususnya dari segi ekonomi.

Malah, isu pengangkutan yang berlaku disebabkan oleh cuaca buruk ketika musim sejuk telah menyukarkan agensi kemanusiaan untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk yang memerlukan bantuan.

Sumber: Anadolu Agency

The post Cuaca Sejuk Landa Afghanistan, Sekurang-Kurangnya 24 Orang Dilapor Maut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*