Dua Lelaki Warga Asing Diberkas, Didakwa Cuba Larikan Kanak-kanak

Cuba Melarikan Kanak-kanak

Dua Lelaki Warga Asing Diberkas, Didakwa Cuba Larikan Kanak-kanak

Dua lelaki warga asing berjaya diberkas selepas didakwa cuba melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 7 bulan.

Kejadian berkenaan dilapor berlaku di sebuah pusat beli-belah di Klang Sentral pada Isnin, kira-kira 7.30 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Vijaya Rao A/L Samachulu berkata, ketika kejadian kanak-kanak itu sedang menaiki eskalator bersama ibunya di pusat-beli belah tersebut.

“Tiba-tiba telah datang dua lelaki warganegara asing yang tidak dikenali dari arah belakang dimana salah seorang suspek telah mengangkat mangsa dari belakang.

“Ibu mangsa telah menjerit dan menarik semula mangsa,” katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan pada Selasa.

Selepas itu, kedua-dua suspek bertindak cuba melarikan diri dari lokasi tersebut, namun berjaya ditangkap oleh awam di situ.

“Tidak lama kemudian orang awam telah serahkan kedua lelaki tersebut kepada pihak polis,” ujarnya lagi.

Menurut Vijaya, pihak polis sudah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek selama tiga hari dari Mahkamah Klang bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan dengan kesalahan, boleh dikhukum penjara tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

“Sebarang maklumat, bolehlah disalurkan kepada pihak IPD Klang Utara ataupun mana-mana balai polis berhampiran.

“Pihak polis menyeru orang awam supaya sentiasa berwaspada terhadap kawasan sekeliling bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang,” tambahnya.

BACA: Pemain Bola Remaja Algeria Meninggal Dunia, Terkena Tendangan Di Perut

Sumber: Polis Daerah Klang Utara via Facebook

The post Dua Lelaki Warga Asing Diberkas, Didakwa Cuba Larikan Kanak-kanak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*