Chery Malaysia Previu TIGGO 7 PRO

Chery Malaysia Previu TIGGO 7 PRO

KUALA LUMPUR, 25 MAC: Chery Malaysia memperkenalkan kenderaan kedua mereka yang  untuk tahun ini, Chery TIGGO 7 PRO, rakan sejati untuk rakyat Malaysia di jalan raya

Chery Malaysia terus berkembang selepas berjaya melancarkan kenderaan elektrik pertama  Chery, OMODA E5 awal bulan ini. Hari ini, jenama automotif China memperkenalkan pula  secara eksklusif, TIGGO 7 PRO yang sangat dinantikan kepada rakan media serta rakan  pengedar. 

“TIGGO 7 PRO bukan sekadar SUV biasa; ia membawa ciri gaya hidup yang direka khas  untuk mereka yang menghargai gaya elegan dan praktikaliti. Reka bentuk yang licin dan ciri ciri inovatif menjadikannya teman yang sempurna untuk keluarga kecil yang mahu  keselamatan dan keselesaan, individu yang mementingkan gaya dan keanggunan, dan orang  muda yang inginkan pengembaraan dan teknologi. 

Dengan sifat serbaguna, TIGGO 7 PRO dengan mudah menyesuaikan diri dengan keperluan  pelbagai pengemudi moden, menjadikannya pilihan utama untuk setiap perjalanan.” kata  Presiden Chery Malaysia, Leo Chen. 

TIGGO 7 PRO akan ditawarkan bersama-sama dengan TIGGO 8 PRO yang bersaiz lebih  besar di Malaysia, seterusnya memperluas rangkaian keluarga TIGGO di Malaysia. Dikenali  sebagai ‘pelindung keluarga’, siri TIGGO melambangkan keselamatan, kebolehpercayaan,  dan pengalaman pemanduan yang lancar.  

SUV yang mempunyai lima tempat duduk ini kompak dan menawarkan ciri keselamatan terkini  dan prestasi yang cekap, memastikan perjalanan yang menyeronokkan untuk pemandu dan  penumpang. 

Semasa sesi previu di KL Wellness City, Pengarah Produk Chery Malaysia, Michael Chew  memperkenalkan TIGGO 7 PRO kepada rakan media serta berkongsi ciri-ciri penting kereta  itu.

TIGGO 7 PRO

Berikut adalah di antara ciri-ciri penting Chery OMODA E5: 

Kuasa dan Kecekapan 

TIGGO 7 PRO membanggakan enjin Turbo 1.6L yang robust, menghasilkan 197HP yang  mengagumkan dan tork yang hebat sebanyak 290Nm, dipadankan dengan sempurna dengan  Transmisi Dwikuasa 7-kelajuan (DCT), gabungan ini memastikan penghantaran kuasa yang  lancar dan kecekapan yang luar biasa, semua sambil mengekalkan penggunaan bahan api  yang kompetitif pada 7.0L/100km. 

Pemandangan Langit Tanpa Sempadan 

TIGGO 7 PRO dilengkapi dengan Sunroof Panoramik, menambah sentuhan keseronokan  dan kegunaan kepada pengalaman pemanduan anda. Dengan sentuhan butang, anda boleh  membuka sunroof untuk membolehkan udara segar dan cahaya semulajadi masuk ke dalam  kabin, meningkatkan keselesaan secara keseluruhan di jalan raya. Sama ada anda melalui  bandar atau memulakan perjalanan hujung minggu, sunroof menyediakan pemandangan luas  langit, mencipta rasa kelonggaran dalam kabin. 

Konektiviti dan Hiburan  

Membezakan diri daripada sistem hiburan tradisional, TIGGO 7 PRO dilengkapi dengan Skrin  Berkembar Terintegrasi 24.6″. Reka bentuk inovatif ini menggabungkan dua skrin menjadi  satu paparan yang lancar, memberikan penampilan moden dan sofistikated kepada interior  kenderaan. 

Dengan adanya Wireless Apple CarPlay dan Android Auto pemandu boleh  mengintegrasikan telefon pintar yang serasi dengan sistem hiburan kenderaan tanpa perlu  sambungan fizikal. Ciri ini membolehkan akses kepada pelbagai aplikasi, navigasi, muzik, dan  fungsi lain secara langsung dari paparan kenderaan. Dengan menghapuskan keperluan untuk  kabel, ia menyediakan pengalaman yang lebih mudah dan kabin yang lebih kemas,  meningkatkan keselesaan dan keselamatan pemandu. 

Pencahayaan Ambient yang boleh Dikustomisasi dan Sistem Audio Premium  Nikmati perjalanan yang penuh dengan muzik dalam TIGGO 7 PRO, dilengkapi dengan  Sistem Audio Sony premium. Dengan kualiti bunyi yang luar biasa disampaikan melalui 8  pembesar suara, setiap perjalanan menjadi lebih mendalam dan menyeronokkan untuk 

semua penumpang. Dalaman TIGGO 7 PRO boleh disesuaikan dengan pencahayaan  ambient dengan warna palet 64 warna, meningkatkan lagi reka bentuknya yang sudah elegan. 

TIGGO 7 PRO

Pengecasan Dalam Perjalanan 

Keperluan untuk kekal berhubung semasa dalam perjalanan adalah penting. TIGGO 7 PRO  memastikan telefon anda dicas dengan pantas dengan pengecas tanpa wayar 50W dalam  kenderaan, yang turut menampilkan sistem penyejukan aktif yang berkesan  mengurangkan suhu telefon semasa dalam proses pengecasan

Ciri Keselamatan dan Advanced Driver Assistance System 

Keselamatan merupakan keutamaan utama bagi OMODA E5 yang dilengkapi dengan  generasi terkini Advanced Driver Assistance System 2.5 (ADAS 2.5). Ia mengintegrasikan  sensor-sensor canggih, kecerdasan buatan, dan ciri-ciri sambungan, mengubah konsep  memandu dan menetapkan standard baru untuk sistem bantuan pemandu lanjutan dalam  pasaran kenderaan elektrik dengan 16 fungsi. 

Dimensi dan Ruang 

Ideal untuk perjalanan jauh dan pengembaraan luar, TIGGO 7 PRO direka dengan tapak kulit  berkualiti tinggi pada semua tempat duduk, menawarkan rasa mewah yang juga mudah  dijaga. Tempat duduk hadapan menawarkan keselesaan tambahan dengan ciri ventilasi  mereka, memastikan pengalaman yang menyenangkan semasa memandu jauh.

Dengan ukuran 4513mm (panjang) dan wheelbase 2670mm, ia menyediakan ruang yang  mencukupi untuk penumpang dan kargo. Kapasiti bagasi yang besar, iaitu 475L sehingga  1672L memastikan anda mempunyai ruang yang selesa untuk menyimpan pelbagai barang  yang ingin dibawa. Dengan ketinggian 1696mm dan ground clearance 175mm, dan lebar  1862mm, TIGGO 7 PRO menggabungkan fungsi dan kepraktisan dalam SUV harian,  mencipta pengalaman yang membuat setiap perjalanan menjadi sesuatu yang dinantikan. 

Semasa sesi previu, Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang, turut berkongsi butiran  yang sangat dinantikan mengenai harga anggaran kereta dan info tempahan semasa. 

Warna dan Bukaan Tempahan 

TIGGO 7 PRO akan ditawarkan dalam empat warna; Bloodstone Red with Black RoofCarbon Black, Vanilla Blue dan Khaki White with Black Roof dengan harga anggaran dibawah RM130,000.  

Bermula hari ini (25 Mac), pelanggan boleh membuat tempahan TIGGO 7 PRO, dan SUV  tersebut akan dipamerkan di semua pusat pameran Chery di seluruh negara bermula April  2024. Pelanggan boleh mula menerima kereta TIGGO 7 PRO yang dibeli menjelang akhir  Mei 2024. 

Untuk maklumat lanjut mengenai TIGGO 7 PRO, layari visit https://www.chery.my/register your-interest-tiggo-7-pro/. Untuk maklumat mengenai rangkaian kenderaan penuh Chery,  layari www.chery.my atau ikuti Facebook Rasmi Chery Malaysia  https://www.facebook.com/cherymalaysiaofficial 

The post Chery Malaysia Previu TIGGO 7 PRO appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*