TikTok Shop Naikkan Cukai SST Kepada 8% Bermula 1 Mac

cukai tiktok shop

TikTok Shop Naikkan Cukai SST Kepada 8% Bermula 1 Mac

TikTok Shop memaklumkan pihaknya akan menaikkan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dikenakan kepada penjual kepada lapan peratus.

Kenaikkan dari kadar enam peratus itu akan berkuatkuasa bermula 1 Mac ini.

Menurut TikTok Shop, kenaikkan itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar SST seperti yang diumumkan sebelum ini.

Bermula dari 1 Mac, penjual akan melihat kenaikkan bayaran penjual (seller fees) di TikTok Shop, yang mencerminkan kenaikkan SST.

TikTok Shop turut memberikan simulasi pengiraan kenaikkan cukai berkenaan.

Manakala bermula dari 8 April 2024, TikTok Shop menjelaskan penjual juga akan melihat kenaikkan itu dalam invois yang diterima bagi tempoh 1 Mac – 31 Mac.

Selain itu, kenaikkan berkenaan juga dapat dilihat dalam laporan terperinci Excel.

Gambar: TikTok

Kenaikan Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST)

Pada 13 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beberapa langkah reformasi percukaian akan dilaksanakan mulai tahun ini bagi meluaskan asas hasil negara dan pada masa yang sama tidak membebankan majoriti rakyat, lapor Bernama.

Beliau yang merangkap Menteri Kewangan berkata cukai yang dipungut oleh kerajaan adalah antara yang terendah di Asean pada 11.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar ketimbang (berbanding) Singapura (12.6 peratus) dan Thailand (16.4 peratus).

Gambar: Loic Venance / AFP

Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

BACA: Capai 10,000 Share Tak Sampai 3 Jam, RS150 Bakal Jadi Milik Derrick Gan

Tambahnya ketika itu, kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada 8.0 peratus ketimbang 6.0 peratus dan ini tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.

“Kerajaan juga akan meluaskan skop perhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke,” katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan juga akan menguatkuasakan pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024.

Walau bagaimanapun, kerajaan  turut mempetimbangkan pengecualian cukai keuntungan modal ke atas pelupusan saham berkaitan aktiviti tertentu seperti tawaran awam permulaan (IPO) yang diluluskan, penstrukturan dalaman dan syarikat modal teroka, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Anwar berkata kerajaan akan turut menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan cukai barang bernilai tinggi tertentu seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai ambang harga barangan.

Sumber: TikTok

The post TikTok Shop Naikkan Cukai SST Kepada 8% Bermula 1 Mac appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*