Ibu & Anak 3 Bulan Maut, Kereta Dinaiki Kemalangan Dengan Lori Tangki

Ibu & Anak 3 Bulan Maut, Kereta Dinaiki Kemalangan Dengan Lori Tangki

Seorang ibu bersama anaknya perempuannya, berusia tiga bulan menemui ajal selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di di Jalan Tanjung Balau-Bandar Penawar, dekat Taman Sri Penawar pada Jumaat.

Menurut Sinar Harian, suami mangsa dan dua lagi anaknya, masing-masing berusia lima dan lapan tahun cedera dalam tragedi tersebut.

Pegawai Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP) Azlan Mat Sani berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Rengit menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan kira-kira 1.38 petang.

Satu Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan yang berlaku melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dengan sebuah lori tangki.

“PKO kemudiannya berjaya mengeluarkan penumpang kereta Perodua Myvi iaitu seorang wanita berusia 28 tahun bersama seorang bayi perempuan yang didapati tersepit di bahagian penumpang dengan menggunakan peralatan khas RTA (Road Traffic Accident).

“Bagaimanapun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Manakala mangsa yang cedera melibatkan seorang lelaki berusia 30 tahun dan dua kanak-kanak lelaki berusia lima dan lapan tahun dibawa ke Klinik Kesihatan Bandar Penawar dengan ambulan bagi menerima rawatan lanjut” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sementara itu, PKO mendapati pemandu lori tangki yang berusia 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Sinar Harian

The post Ibu & Anak 3 Bulan Maut, Kereta Dinaiki Kemalangan Dengan Lori Tangki appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*