“Cukuplah..,” Bertahun ‘Perang Dingin’, Awie & Amy Search Akhirnya Berdamai

Amy search awie berdamai

“Cukuplah..,” Bertahun ‘Perang Dingin’, Awie & Amy Search Akhirnya Berdamai

Seperti yang diketahui, berlaku perselisihan faham antara dua vokalis rock lagenda tanah air, Datuk Amy Search dan Datuk Awie Wings.

Awie Dedah Telah Berdamai Dengan Amy Search

Terbaru, kedua-dua penyanyi itu mengambil keputusan untuk mengakhiri ‘perang dingin’ dengan mengeratkan silaturahim dan ukhuwah setelah lebih setahun tidak berkomunikasi.

Maklum Awie, beliau bersyukur kerana dapat ‘merujuk’ kembali persahabatan yang terputus sebelum ini.

Awie menyifatkan timbul kemaafan dalam diri hingga terhapus perasaan marah, sakit hati dan benci antara satu sama lain.

Gambar: Instagram Awieofficial

“Ya kami sudah ‘rujuk’, alhamdulillah.

“Saya rasa bulan ini bulan yang sangat mulia, ada orang mengutuskan seseorang untuk berbincang, saya minta masa fikir dulu dan saya juga ada komitmen.

“Saya fikir juga saya sebagai yang lebih muda akhirnya selepas beberapa minggu kami berjumpa.

“Saya sayang dia sebagai brother, pelopor rock dan dalam Malaysia ini tak ada orang boleh dapat nombor satu kecuali Amy,” ujar lagenda rock itu.

Beliau berkata demikian selepas selesai membuat persembahan finale malam pertama pada NUSA FEST sewaktu ditemui pada hujung minggu lalu.

Difahamkan, Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim dan Opie Sofea telah mengaturkan pertemuan dan perdamaian antara mereka berdua. Pertemuan itu berlaku sebelum NUSA FEST berlangsung.

BACA JUGA: Tular, Lamborghini Milik Syamsul Yusof Dipercayai Berasap Tepi Jalan

Berkongsi lebih lanjut, selepas pemergian pemain dram Search iaitu Allahyarham Yazit Ahmad pada 2019, Awie menjelaskan hubungan antara mereka semakin renggang bertahun lamanya.

Gambar: Instagram Awieofficial

“Bertahun (tak bertegur), sejak Abang Yazit meninggal dunia.

“Saya akur saya orang yang umur lebih bawah, saya pergi jumpa, bermaafan, berpeluk, cium, sebagai adik dan abang sebagai sahabat perjuangan dalam industri.

“Saya pun makin tua, kubur pun sudah memanggil, cukuplah, Syukur,” jelas Awie lagi.

Jelas Awie, selepas hubungan antara bekas isterinya, Rozana kembali baik, beliau dapat menatap wajah dua anaknya setelah lapan tahun tidak bertemu.

Faktor tersebut menjadi pendorong kepada keterbukaan hatinya untuk kembali menjalinkan silaturahim dengan Amy, akui Awie.

“Apabila jumpa anak dan bekas isteri, cukuplah zaman perang-perang, benda-benda bodoh ini cukuplah.

“Mana kawan yang bergaduh dengan saya semua kami berbaik balik, saya tak mahu (panjang),” ujarnya.

Sumber: Gempak

The post “Cukuplah..,” Bertahun ‘Perang Dingin’, Awie & Amy Search Akhirnya Berdamai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*