Belanjawan 2024: Kerajaan Pertimbang Apung Harga Ayam Dan Telur

Apung harga ayam dan telur

Belanjawan 2024: Kerajaan Pertimbang Apung Harga Ayam Dan Telur

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 sebentar tadi menyatakan bahawa kerajaan bersetuju untuk apung harga ayam dan telur berdasarkan harga yang lebih rendah.

“Harga ayam dan telur mulai stabil, justeru kerajaan pertimbangkan mengapungkan harga ayam dan telur berdasarkan harga yang lebih rendah daripada harga apungan kerajaan,” katanya sebentar tadi.

Menurut Anwar, perkara itu akan diumumkan oleh Kementerian Pertanian dalam tempoh dua minggu.

“Harga sementara yang ditetapkan akan dilepaskan supaya pasaran tempatan boleh berfungsi dalam memastikan keterjaminan bekalan,” kata Anwar lagi.

Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada hari ini telah membentangkan Bajet 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat.

Bajet yang dibentangkan pada hari ini merupakan belanjawan kedua dibentangkan Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri Kesepuluh itu.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Sumber: Astro Awani

The post Belanjawan 2024: Kerajaan Pertimbang Apung Harga Ayam Dan Telur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*